4 cara semak nilai sebenar rumah. Pastikan nilai rumah lebih tinggi dari harga jual



Sebelum buat sesuatu keputusan untuk beli rumah, pastikan anda semak dahulu nilai rumah tersebut.

Harga jualan adalah harga yang dipersetujui oleh penjual dan pembeli. Manakala nilai rumah pula adalah nilai sebenar sesuatu rumah yang dinilai oleh penilai yang berdaftar.

Bagaimana jika harga rumah yang anda beli lebih tinggi daripada nilai rumah tersebut?

Contoh:

Harga jualan : RM200,000
Nilai rumah  : RM180,000

Jika berlaku kes di atas, pinjaman perumahan yang diberikan oleh pihak bank adalah RM180,000 x 90% = RM162,000. Ini bermakna, anda pelru menambah wang sendiri iaitu sebanyai RM38,000 (RM200,000 - RM162,000).

Tetapi, jika harga rumah yang anda beli adalah lebih rendah dari nilai rumah tersebut, tiada masalah akan berlaku.

Cara semak nilai rumah:

Penilai

Cara paling terbaik dan tepat untuk dapatkan nilai sebenar sesuatu rumah adalah melalui penilai yang berdaftar.

Anda boleh hubungi mereka untuk dapatkan nilai rumah tersebut sebelum membuat keputusan membeli rumah. Kebanyakan ejen hartanah dan pegawai bank juga akan merujuk kepada penilai untuk mendapatkan nilai rumah.

Bagi memudahkan proses pinjaman anda, pastikan juga penilai tersebut adalah panel kepada bank yang anda ingin mohon pinjaman perumahan kerana pihak bank akan menggunakan laporan dari penilai tersebut.

Ejen hartanah

Jika anda tidak mempunyai masa untuk menghubungi penilai, anda juga boleh dapatkan bantuan ejen hartanah. Mereka lebih tahu semua transaksi jual beli rumah di kawasan tersebut.

Transaksi jual beli juga boleh dijadikan sebagai rujukan awal berkenaan nilai sesuatu rumah.


Pegawai bank

Anda juga boleh tanya pihak bank berkenaan nilai rumah tersebut dan sertakan sekali maklumat yang lengkap berkenaan rumah tersebut.

Pegawai bank biasanya akan semak dengan beberapa penilai yang berdaftar dan menjadi panel mereka. Jika nilai yang anda semak adalah sama dengan harga jual rumah tersebut, anda boleh terus mohon pinjaman perumahan dengan bank yang sama.

Baca : Pinjaman perumahan lebih mudah lulus jika anda ikut cara ini.

Website Brickz.my

Cara ini lebih mudah kerana anda hanya perlu semak secara atas talian iaitu di laman web brickz.my.

Melalui laman web tersebut, anda dapat lihat transaksi jual beli yang telah berlaku. Anda boleh pilih rumah yang berada di kawasan yang sama anda ingin beli.

Namun, anda perlu ingat bahawa ini adalah sekadar transaksi jual beli yang telah berlaku dan ia masih bergantung kepada pihak bank sama ada mahu menerima nilai tersebut atau tidak.

Baca : Kebaikan dan keburukan apabila anda refinance rumah anda

Anda juga boleh semak nilai rumah disini kakipersegi.com

Untuk semak nilai sesuatu rumah, anda mungkin memerlukan info berikut:
1. Alamat rumah
2. Keluasan rumah
3. Freehold / Leasehold
4. Bumi / Non-Bumi
5. Master / Strata title
6. Renovation (jika ada)
7. Jumlah bilik dan bilik air

2 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post