Selalu shopping di Lazada. Ini 5 cara untuk dapatkan diskaun dan harga lebih murah.


Jika anda selalu membeli belah di laman web terkenal Lazada, anda pasti perasan banyak diskaun dan promosi yang mereka tawarkan.

Namun, terdapat beberapa tip lagi bagaimana untuk dapatkan promosi tambahan yang anda boleh cuba.

1. Promosi 5% dan 10%

Jika anda perhatikan betul-betul setiap email atau iklan dari Lazada, anda dapat lihat perbezaan diskaun jika anda membuat pembelian melalui website dan mobile apps.

Jika anda beli melalui website, anda akan terima diskaun sebanyak 5% manakala jika anda beli melalui mobile apps pula anda akan dapat diskaun sebanyak 10%.

Jika anda lebih suka untuk menggunakan laman web mereka, anda hanya perlu cari barang anda di laman web, kemudian buat bayaran melalui applikasi telefon.

Perbezaan 5% yang anda akan rugi jika menggunakan website adalah sangat besar jumlahnya jika pembelian tersebut melibatkan harga barang yang besar. 



2. Kad kredit

Satu lagi kelebihan apabila membeli belah di Lazada adalah apabila anda menggunakan kad kredit yang tertulis di barang yang anda ingin beli.

Diskaun sehingga 5% jika anda membuat pembayaran menggunakan kad kredit tersebut. Cuba lihat pada gambar di bawah.

Ini menunjukkan anda sebenarnya boleh dapatkan diskaun sehingga 15% jika anda membeli barang di Lazada dengan menggunakan mobile apps dan membuat pembayaran menggunakan kad kredit yang terpilih.


3. Special day / Clearance sale

Pihak Lazada biasanya akan menghantar email berkenaan dengan promosi pada hari-hari tertentu seperti clearance sale.

Jika anda jarang lihat email, anda perlu sentiasa update di laman web Lazada.  

Contoh iklan clearance sale.



Mereka akan namakan hari berikut sebagai Special Day untuk semua pembeli setia Lazada.

Jika anda masih baru dan tidak pernah beli barang daripada Lazada, anda mungkin tidak akan menerima email tersebut.


4. Langgan email

Jika anda melanggan Lazada dengan email, anda akan dapat 10% diskaun semasa anda mendaftar email anda.

 Cuba lihat gambar di bawah.  

Dengan hanya mendaftar, anda sudah boleh mendapat diskaun sebanyak 10%.

5. Kod diskaun, voucer dan promo

Jika anda perasan sebelum anda membuat pengesahan bayaran, terdapat satu kotak kosong dimana anda boleh mengisi kod promosi jika ada.

Contoh kod voucer seperti di bawah. 


Anda boleh menggunakan carian google untuk dapatkan kos tersebut secara percuma.

Terdapat juga beberapa laman web yang menjual kod diskaun tersebut atau dijadikan sebagai free gift kepada pelanggan setia mereka.

Dengan kod tersebut, anda akan dapat penjimatan yang banyak.  

Selamat bershopping.
Previous Post Next Post