Jangan beli rumah untuk duduk dahulu. Kurang bijak!

tinyhouseliving

Salah satu keputusan besar yang perlu kita buat dalam hidup adalah untuk beli rumah pertama.

Ada yang menganggap memiliki rumah pertama adalah sangat sukar terutama pada harga yang semakin mahal. Oleh itu, mereka lebih gemar untuk memiliki kereta idaman mereka pada usia yang muda.

Adakah dengan memiliki rumah pertama untuk tujuan tinggal sendiri menguntungkan?

Robert Kiyosaki menulis bahawa jika rumah tersebut menyebabkan gaji kita semakin berkurang, ini menunjukkan rumah tersebut bukanlah aset.

Jom baca sebab-sebab rumah pertama sebaiknya digunakan sebagai pelaburan.


Pendapatan tambahan

Jika anda masih muda, ini masa terbaik untuk anda mendapatkan pendapatan sampingan sebanyak mungkin.

Apabila rumah pertama anda boleh disewakan pada kadar melebihi bayaran bulanan kepada pihak bank, anda sebenarnya sudah mempunyai pendapatan pasif.

Pendapatan tambahan tersebut juga boleh digunakan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.


Memudahkan pembelian rumah seterusnya

Ini satu teknik yang digunakan oleh ramai pelabur hartanah untuk memiliki banyak rumah.

Rumah yang disewakan mestilah dilengkapi dengan dokumen yang lengkap seperti perjanjian sewa rumah, SNP dan penyata duit masuk akaun bank.

Apabila anda mempunyai dokumen yang lengkap tersebut, pendapatan anda akan ditambah dengan pendapatan sewa.
Anda mesti pelik bagaimana mereka boleh memiliki rumah yang banyak.


Kurang komitmen

Apabila rumah pertama anda adalah rumah idaman yang dibeli pada harga yang mahal, bayaran bulanan anda kepada bank juga akan tinggi.

Ini sekaligus meningkat perbelanjaan bulanan anda. Lebih teruk lagi, jika anda gagal membuat bayaran pada pihak bank, nama anda mungkin akan disenarai hitam.

Oleh itu, rumah pertama sebaiknya adalah rumah yang murah dan masih lagi di bawah kemampuan kita.


CONTOH STRATEGI

Rumah pertama : Pelaburan

Untuk rumah pertama, anda boleh cari rumah yang murah dan mudah untuk disewakan. Cari rumah yang boleh berikan pendapatan sampingan sehingga RM300 sebulan.

Dengan RM300 sebulan, anda sebenarnya boleh membuat pilihan sama ada untuk beli kereta dengan bayaran ansuran RM300, bayar takaful atau anda boleh melabur di dalam amanah saham.

Jika anda ingin pergi jauh dalam pelaburan hartanah, anda boleh mula rancang strategi untuk memiliki rumah kedua dan seterusnya.

Previous Post Next Post