Bagaimana untuk mengelakkan pembaziran di bulan puasa.

carigold

Bila masuk bulan puasa je, mesti ramai yang tengah fikir apa juadah istimewa yang ada di bazar Ramadan.

Pastikan anda sudah merancang perbelanjaan anda semasa bulan puasa ini.

Nasihat kami, jangan pula beli makanan tu banyak-banyak sampai membazir tiada siapa nak makan.

Jom tengok langkah-langkah yang perlu di ambil bagi mengelakkan pembaziran.


1. Buat bajet perbelanjaan

Ini satu langkah penting yang anda perlu ambil.

Macam mana nak buat? Sediakan satu bajet perbelanjaan untuk sehari.

Contohnya, untuk buka puasa anda nak belanja hanya RM10 sehari.
Kalau sebulan anda hanya perlu belanja RM300 sahaja.

Jika ada lebihan untuk hari ini, esok anda boleh makan lebih dari bajet semasa.
Hari ini anda belanja RM7 sahaja dan ini bermakna esok hari anda boleh belanja RM13 hasil lebihan dari semalam.

Pastikan dalam masa 30 hari, anda hanya guna RM300 sahaja untuk buka puasa.


2. Buat senarai makanan yang ingin dibeli sebelum ke bazar

Ini pun sangat penting terutama orang perempuan.

Pastikan sebelum jejak kaki ke bazar Ramadan, anda sudah tahu apa yang anda ingin beli. Ini bagi mengelakkan anda membeli makanan yang anda sebenarnya tidak akan habis untuk makanan.

Bila ada di bazar tu, anda memang akan terpesona dengan pelbagai bentuk juadah makanan yang disediakan. Masa itu kalau anda tak boleh kawal nafsu, confirm balik dari bazar sampai tak cukup tangan.

Macam mana kalau dah plan  nak beli makanan tu, tapi tak ada pula? Senang je. Cari je makanan lain yang sama harga dengan makanan tadi.


3. Elakkan bawa anak kecil

Kalau anda semua nak tau, purchasing power budak kecik ni memang hebat. Ibu bapa biasannya akan kalah dengan permintaan anak-anak mereka.

Sebab tu kalau boleh elakkan bawa anak kecil ke bazar Ramadan. Kalau tak nanti macam-macam makanan mereka minta.

Lagi satu, kalau bawa anak kecil, pergerakan anda mungkin agak terbatas dan anda terpaksa ambil masa yang lama di bazar Ramadan tu.

Lagi lama anda di bazar, lagi banyak makanan yang anda akan beli.

4. Pergi awal ke bazar

Kenapa perlu datang awal ke bazar?

Sebab kalau anda datang awal ke bazar, tak perlulah nak bersesak-sesak dengan orang ramai dan yang penting anda boleh buat keputusan dengan bijak.

Kalau time tengah ramai orang, anda akan rasa rimas dan rasa tergesa-gesa untuk buat keputusan. Masa ni anda akan cuba beli apa yang nampak sedap tanpa fikir panjang.

Lagi satu, kalau datang awal ke bazar mungkin makanan yang dijual masih tak banyak. Jadi anda sebenarnya tak banyak pilihan.


ainimrashidah
5. Tak perlu datang ke bazar

Ini langkah paling bijak semasa bulan Ramadan.

Cuba anda tanamkan satu azam baru bulan Ramadan ni, tak nak pergi langsung ke bazar.

Kalau yang dah berkeluarga tu, masak sahaja di rumah.
Yang bujang, buka puasa dekat masjid kawasan korang.

Bila ada plan tak nak pergi bazar, anda sebenarnya telah jimat banyak  dalam bulan puasa ni.

Tapi kalau teringin juga nak pergi bazar, pergi lah seminggu sekali untuk beli makanan yang anda idamkan tu.

Ini sahaja yang dapat kami kongsikan sempena bulan Ramadan kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Previous Post Next Post