5 tip jimat untuk majlis perkahwinan anda

ikahwin.my

Majlis perkahwinan biasanya melibatkan kos yang tinggi. Ada juga pasangan yang sanggupp mengambil pinjaman dari bank semata-mata untuk menjadikan majlis perkahwinan mereka nampak meriah.

Tapi, ada juga cara bagaimana untuk buat majlis perkahwinan anda nampak 'meriah' dengan kos yang rendah.

1. Pelamin sebagai tumpuan.

Anda boleh hias pelamin anda dengan cantik menggunakan kos yang lebih murah dengan menggunakan barang yang murah. Anda hanya perlu menjadi lebih kreatif dengan menggunakan barang yang lebih menonjol semasa majlis perkahwinan anda. Simple tetapi cantik.

Matlamat utama adalah untuk menjadikan pelamin sebagai tumpuan orang yang hadir ketika majlis tersebut. 

Bila orang ramai mula beri tumpuan pada pelamin, anda tidak perlu untuk menghabiskan banyak duit menghias benda lain. 

Alatan seperti kerusi, meja, doorgift dan lain-lain lagi buat ala kadar sahaja sebab tetamu sudah tertarik dengan pelamin anda.
2. Majlis gotong royong atau rewang

Bila buat gotong royong dengan saudara mara dan jiran, kadang-kadang boleh menjimatkan tetapi pada masa yang sama juga boleh juga merugikan.

Kadang-kadang bila kita tersalah bajet keperluan semasa majlis perkahwinan, banyak barang yang tidak digunakan. Ini dah jadi kes pembaziran.

Persoalannya, masih wujud lagikah aktiviti rewang ni?

Di kampung mungkin masih wujud lagi, tetapi di bandar sudah tidak ada lagi.

Orang yang duduk di kampung juga sudah mula menggunakan khidmat catering semasa majlis perkahwinan mereka kerana tidak memenatkan.

Apa yang penting ketika aktiviti rewang ini adalah kerjasama dan boleh merapatkan hubungan silahturrahim antara satu sama lain.

Cuba bayangkan jika tetamu yang hadir hanya datang untuk makan, jumpa pengantin jika sempat dan balik. Jadi, tiada hubungan antara tetamu yang hadir sedangkan mereka mungkin kenal antara satu sama lain.


3. Barang hantaran DIY

DIY bermaksud Do-It-Yourself. Selalunya barang hantara kita beli sendiri dan mengupah orang lain untuk hiasan yang menarik.

Zaman sekarang semuanya lebih mudah sebab anda boleh lihat tutorial membuat hiasan hantaran di internet. Dan barang yang digunakan juga lebih murah berbanding kos upah untuk menghias.

Tetapi,jika anda tiada bakat untuk menghias barang hantaran, tidak salah anda mengupah orang lain untuk menghias barang hantaran tersebut.

Apa yang penting bukanlah harga pada barang hantaran tersebut tetapi nilai barang tersebut kepada pasangan pengantin.

gaunpengantinmu
4. Baju pengantin. Beli atau sewa?

Baju pengantin antara benda wajib yang perlu anda fikirkan semasa majlis perkahwinan.

Anda mungkin boleh beli sahaja baju pengantin tersebut jika ianya sesuai untuk digunakan untuk acara lain pada masa hadapan.

Buat lelaki, baju melayu boleh digunakan banyak kali terutamanya pada hari raya.

Atau, anda boleh sahaja pinjam baju pengantin dari adik beradik atau saudara mara anda jika sesuai dan masih elok.

Kebanyakan baju pengantin hanya digunakan sekali sahaja iaitu pada majlis tersebut, jadi apa salahnya pinjam sahaja dari orang lain.

5. Cari wanita hantaran murah.

Okay. Mungkin ramai yang tak setuju tetapi realitinya majlis perkahwinan zaman sekarang menjadi lebih mahal adalah disebabkan hantaran yang mahal dari pihak wanita.

Kalau dah jodoh nak buat macam mana kan?

Bila ini terjadi, maka ramailah yang mula pergi ke bank dan memohon pinjaman peribadi hanya untuk majlis perkahwinan ini.

Nak jimat lagi? jom baca Bagaimana untuk jimat berbelanja RM1,000 sebulan.
Previous Post Next Post