Bonus Hari Raya Untuk Penjawat Awam?


Penjawat awam seluruh Malaysia bakal menerima satu berita menarik sempena Hari Raya tahun ini apabila CUEPACS memohon kepada kerajaan untuk memberi satu bulan bonus.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata kepada akhbar berita harian bahawa bonus sebulan gaji itu adalah satu keperluan bagi menampung kenaikan harga barang dan kos sambutan hari raya.

Beliau menambah, "Permintaan ini diharapkan dapat ditunaikan kerana sebelum ini semua sedia maklum kerajaan memberi bonus RM500 setiap kali menjelang Hari Raya. 

"Pemberian bonus ini diharapkan dapat disegerakan berikutan rasionalisasi Skim Perkhidmatan hanya akan berlaku penghujung Julai," katanya selepas Persidangan CUEPACS Perlis, di sini, sebentar tadi.

"Kakitangan kerajaan sudah pastinya akan kecewa sekiranya permintaan bonus satu bulan gaji ini tidak dapat ditunaikan.

Sementara itu, kerajaan Negeri Pulau Pinang juga sudah mengumumkan pemberian bonus Hari Raya sebanyak 3/4 gaji kepada kakitangan awam di negeri itu.

Pemberian bonus itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kakitangan awam sempena sambutan hari raya.

Kepada penjawat awam yang bakal menerima bonus, anda disarankan untuk menggunakan duit tersebut dengan baik tanpa buat sebarang pembaziran.

Kalau dapat bonus nanti, belajar untuk urus duit seperti disini Urus Duit : Lelaki vs Perempuan

Previous Post Next Post