Rumah Tidak Terjual Boleh Dikurangkan Jika Kerajaan Ambil Langkah Ini


Data menunjukkan jumlah rumah baru yang tidak terjual meningkat dari tahun sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa pasaran hartanah semakin perlahan dan pembelian rumah baru semakin berkurang.

Antara langkah drastik yang diambil oleh kerajaan untuk memulihkan keadaan tersebut adalah dengan merendahkan had kadar pemilikan rumah oleh warga asing. Namun, tindakan ini juga mendapat tindak balas yang negatif dari beberapa pihak.

Berikut antara beberapa langkah yang boleh diambil untuk membantu mengurangkan jumlah rumah tidak terjual di Malaysia.

1. Denda Lebih Tinggi Kepada Pemaju

Setiap projek yang dibangunkan oleh pemaju mestilah mendapat kebenaran dan lesen dari pihak berwajib. Namun, pemaju seharusnya membuat analisa berkenaan penjualan rumah yang bakal dibina.

Harga rumah yang terlalu tinggi juga merupakan salah satu punca rumah tersebut tidak dapat dijual dengan cepat. Kerajaan seharusnya memastikan pemaju tidak meletakkan sesuatu harga rumah tanpa kawalan yang ketatdan menyebabkan rumah tidak dapat dijual.

Salah satu cara memastikan pemaju lebih peka terhadap pasaran hartanah di Malaysia adalah dengan mengenakan denda yang lebih tinggi termasuk pembatalan atau penggantungan lesen pemaju.

2. Had Pinjaman Rumah 90%
Ramai individu di Malaysia yang mempunyai pendapatan tinggi mampu untuk beli rumah pada yang harga tinggi. Namun, disebabkan oleh peraturan yang hanya membenarkan had pinjaman sebanyak 70% untuk rumah ketiga dan seterusnya menyebabkan golongan ini tidak lagi berminat membeli rumah.

Jadi, sebagai satu langkah sementara untuk mengurangkan rumah yang tidak terjual, kerajaan boleh memberi ruang kepada golongan ini untuk membeli rumah dengan had pinjaman sebanyak 90%. Keadaan ini juga akan membantu merancakkan semula pasaran hartanah di Malaysia.

3. Pemaju Kurangkan Keuntungan

Seperti sedia maklum, pemaju mendapat keuntungan yang sangat besar melalui penjualan projek hartanah di Malaysia. Namun, harga jual yang terlalu tinggi menyebabkan mereka sendiri tidak mampu mendapat keuntungan yang banyak.

Perkara yang harus dilakukan adalah dengan mengurangkan harga jualan dan sekaligus mengurangkan keuntungan yang diterima oleh pemaju. Tindakan ini juga merupakan satu bentuk ‘penalti’ atau denda kepada pemaju kerana gagal menjual projek tersebut.

4. Pemilikan Mudah

Kerajaan telah melakukan pelbagai jenis ‘bantuan’ untuk membantu melariskan projek perumahan baru seperti pembelian tanpa deposit, percuma stamp duty, HOC dan lain-lain lagi. Namun, semua tindakan masih tidak mampu mengurangkan rumah yang tidak terjual.

Masalah utama yang dihadapi oleh rakyat Malaysia adalah harga rumah yang terlalu tinggi dan tidak selari dengan purata gaji rakyat Malaysia (bagi projek perumahan baru). Jadi, kerajaan harus lebih kreatif untuk membantu golongan gaji sederhana yang lebih tertekan untuk mendapatkan rumah.
Langkah diatas bukan sahaja mampu mengurangkan jumlah rumah yang tidak terjual tetapi juga boleh membantu rakyat Malaysia mendapatkan rumah lebih mudah.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)