Cara Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan Untuk Pendapatan Komisyen : Ejen Takaful, Unit Trust & Hartanah


Setiap orang mempunyai impian memiliki kediaman sendiri. Namun, masalah yang sering dihadapi adalah kelayakan untuk mendapatkan pinjaman perumahan dari pihak bank.

Bagi individu yang bekerja dengan majikan dan mempunyai penyata gaji tetap, mereka tiada masalah untuk mendapatakan pinjaman perumahan. Namun bagi individu yang tidak mempunyai gaji tetapi iaitu pendapatan dari komisyen dan bonus seperti ejen takaful, unit trust dan hartanah, sedikit sukar kerana pendapatan yang tidak tetap.

Kami ingin kongsikan cara kira kelayakan bagi golongan yang mempunyai pendapatan dari komisyen bagi mendapatkan pinjaman perumahan dari pihak bank.

Tempoh Pendapatan Diambil Secara Purata

Bagi individu yang mempunyai pendapatan dari komisyen, kebanyakan pihak bank akan mengambil purata pendapatan antara 6 bulan hingga ke 1 tahun. Jadi, anda perlu menyediakan dokumen dalam tempoh tersebut.

Cukai Pendapatan

Perkara paling penting untuk individu yang mempunyai pendapatan tidak tetap ini adalah membuat bayaran cukai pendapatan pada masa yang telah ditetapkan. Pihak bank juga menilai pendapatan anda dari jumlah cukai pendapatan yang dibayar kepada LHDN.

Perubahan Jumlah Pendapatan Setiap Bulan

Bagi pendapatan yang tidak tetap, piha bank biasanya akan menilai tahap kekuatan pendapatan anda dari perbezaan pendapatan yang diterima setiap bulan. Jika perbezaan yang kecil setiap bulan, pendapatan anda lebih kuat. Jika perbezaan terlalu besar, pendapatan anda tidak kuat.

Contoh 1 : Perbezaan Kecil
Januari : RM10,000
Februari : RM9,500
Mac : RM10,500

Contoh 2 : Perbezaan Besar
Januari : RM10,000
Februari : RM5,000
Mac : RM25,000

Jika perbezaan terlalu besar, beberapa bank akan memberikan peratus yang rendah kepada jumlah pendapatan. Contoh 1 seperti diatas mungkin diambil setinggi 80% manakala Contoh 2 mungkin hanya 50% sahaja untuk dikira sebagai pendapatan.

Contoh 1 : RM10,000 + RM9,500 + RM10,500 = RM30,000/3 bulan = RM10,000 x 80% = RM8,000
Contoh 2 : RM10,000 + RM5,000 + RM25,000 = RM40,000/3 bulan = RM13,000 x 50% = RM6,500
*Contoh jika ambil purata 3 bulan. Kebanyakan bank akan ambil purata 6 bulan hingga 1 tahun. 

Kelayakan Debt Service Ratio (DSR)

Setiap bank mempunyai kadar DSR yang berbeza mengikut tahap pendapatan yang diterima. Jadi, anda perlu kira kelayakan DSR anda bergantung kepada bank yang anda mohon.

Formula DSR biasa : Jumlah komitmen (termasuk yang baru)/ Jumlah gaji bersih x 100

Simpanan

Simpanan yang banyak juga sangat penting untuk membantu individu yang mempunyai gaji tidak tetap dalam memohon pinjaman perumahan dengan pihak bank. Simpanan yang banyak menjadi satu aset yang penting untuk memudahkan permohonan anda diluluskan.

Bank Mesra Komisyen

Selain itu, anda juga perlu peka dengan beberapa bank yang sangat membantu golongan yang mempunyai pendapatan tidak tetap dari komisyen. Anda tidak perlu hantar permohonan pinjaman perumahan kepada semua bank yang ada di Malaysia.

Antara bank yang mesra komisyen adalah seperti Ambank, Hong Leong, MBSB, Public Bank dan CIMB. (Berdasarkan pengalaman kami).

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post