Ini Yang Perlu Anda Lakukan Apabila Kenaikan Gaji Kurang Dari 3% Setahun


Setiap hujung tahun pasti ramai yang ternanti-nanti pengumuman dari majikan berkenan kenaikan gaji dan juga bonus tahunan. Tidak semua syarikat mampu untuk beri kenaikan gaji dan bonus tahunan ini kepada setiap pekerja mereka. 

Pada masa yang sama, kenaikan gaji setiap staf itu juga berbeza mengikut prestasi individu dan yang penting adalah prestasi syarikat itu sendiri. 

Kenapa anda perlu memastikan kenaikan gaji tahunan anda adalah melebihi dari 3% setahun? Kerana untuk mengatasi kadar inflasi yang perlu anda hadapi setiap tahun. Jika kenaikan kurang dari 3%, gaji anda sebenarnya semakin kurang nilainya kerana kadar inflasi menyebabkan kos sara hidup meningkat. 

Kami ingin kongsikan beberapa perkara yang anda perlu lakukan jika kenaikan gaji tahunan anda kurang dari 3%. 


#1 Jangan Takut Untuk Minta! 

Jika anda yakin bahawa anda telah bekerja dengan bersungguh-sungguh dan memberi sumbangan kepada syarikat anda bekerja, jangan malu untuk minta kenaikan gaji! 

Ramai individu yang malu dan takut untuk meminta kenaikan gaji dari syarikat. Kesannya, ada yang tidak pernah merasa kenaikan gaji langsung. Sesetengah majikan mungkin tidak nampak kesungguhan anda bekerja, jadi anda perlu beritahu mereka. 

Kenaikan gaji adalah hak anda yang perlu dituntut. Tetapi, jika anda sering membuat masalah kepada syarikat, jangan pula mengharapkan kenaikan gaji. 


#2 Tanya ‘Kenapa’? 

Individu pertama yang perlu anda tanya adalah diri anda sendiri. Mungkin anda sendiri tahu kenapa tiada kenaikan atau kenaikan gaji terlalu sedikit. 

Jika majikan menggunakan alasan bahawa syarikat tidak membuat keuntungan yang banyak pada tahun tersebut, itu adalah diluar kawalan anda. Lebih penting lagi adalah anda perlu tanya kepada individu yang melaporkan prestasi anda kepada majikan. 

Selain itu, anda juga boleh tanya kepada rakan sekerja anda tentang pendapat mereka. Anda akan terima banyak jawapan yang berbeza dari setiap individu. Jika kenaikan yang rendah adalah disebabkan oleh diri anda sendiri, anda boleh pertingkatkan lagi prestasi anda pada tahun hadapan. 


#3 Cari Kerja Syarikat Lain 

Dua sebab utama kenapa anda perlu cari kerja di syarikat lain adalah: 

1. Syarikat mendapat keuntungan yang tinggi tetapi tiada kenaikan gaji kepada staf 

2. Konflik dalam syarikat yang tidak terkawal. 

Jika syarikat tidak mendapat keuntungan yang banyak, mungkin anda boleh faham kenapa tiada kenaikan gaji dan juga bonus. Tetapi, jika syarikat mendapat keuntungan yang banyak tetapi tidak kenaikan gaji, anda sudah boleh mula mencari pekerjaan di tempat lain. 

Perkara seperti ini menunjukkan syarikat dan majikan anda tidak menghargai anda sebagai tulang belakang kejayaan syarikat. 

Seterusnya, masalah konflik dalam syarikat memang wujud disemua syarikat. Tetapi, jika konflik tersebut menyebabkan kenaikan gaji anda terganggu, sudah masanya untuk anda mencari majikan yang baru. 


#4 Tambah Pendapatan 

Akhir sekali, jika semua langkah diatas tidak berjaya memuaskan hati anda, tambah pendapatan dari sumber lain adalah cara terbaik. Sekali lagi, anda perlu memastikan kenaikan gaji anda adalah melebihi 3% setahun untuk mengatasi kadar inflasi. 

Selain itu, dengan menambah pendapatan dari sumber lain juga akan menyebabkan majikan anda tersedar bahawa pendapatan sedia ada sekarang adalah tidak mencukupi. 

Jika anda mempunyai cadangan yang lebih menarik, cuba kongsikan diruang komen.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)