Berbaloikah Jika Anda Beli Rumah Studio Satu Bilik Untuk Pelaburan?

Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila anda terlihat rumah dengan hanya satu bilik pada harga RM300,000. Pemaju pada hari ini gemar untuk membuat rumah studio dengan satu bilik kerana terdapat permintaan.

Kebiasaannya, rumah studio ini adalah terletak di kawasan tengah bandar dan juga kawasan tumpuan pelancongan. Namun, adakah berbaloi jika anda beli rumah studio satu bilik ini untuk dijadikan sebagai satu pelaburan?

Kami kongsikan dengan anda beberapa perkara yang anda perlu tahu untuk melihat sesuatu unit studio tersebut bagus untuk pelaburan atau tidak.

#1 Harga

Memang tidak dinafikan harga unit studio ini adalah lebih murah berbanding rumah tiga bilik yang kelihatan sangat tidak masuk akal ketika ini.

Harga yang sesuai untuk unit studio ini adalah perlu melihat pada kadar sewaannya. Jika anda ingin beli unit studio ini untuk pelaburan, sasaran penyewa adalah individu bujang, pasangan baru berkahwin dan juga untuk pasaran homestay.

Jika sewaan yang dilakukan terlalu rendah berbanding bayaran ansuran bulanan, unit studio tersebut adalah tidak sesuai untuk pelaburan.

(a) Contoh pengiraan rumah tidak sesuai pelaburan:

Harga rumah : RM300,000

Bayaran ansuran : RM1,500/bulan

Sewa : RM1,000/bulan

Sewa Homestay : RM100/malam @ RM1,500/15 malam

*15 malam adalah purata bulanan

(b) Contoh pengiraan rumah sesuai pelaburan:

Harga rumah : RM300,000

Bayaran ansuran : RM1,500/bulan

Sewa : RM1,600/bulan

Sewa Homestay : RM150/malam @ RM2,250/15 malam

*15 malam adalah purata bulanan


Melihat kepada contoh diatas, pengiraan (b) jelas menunjukkan unit studio tersebut sesuai untuk pelaburan.

#2 Fasiliti

Faktor seterusnya adalah fasiliti yang disediakan oleh pemaju untuk unit tersebut. Kebanyakan projek oerumahan bertingkat baru hari ini mempunyai banyak fasiliti seperti gym, swimming pool, nursery dan banyak lagi.

Projek perumahan yang mempunyai banyak fasiliti juga akan menyebabkan harga unit tersebut menjadi lebih mahal. Tetapi, semua fasiliti ini akan menyebabkan permintaan orang ramai untuk tinggal disini adalah sangat tinggi.

Selain itu, banyak juga projek perumahan bertingkat baru yang mempunyai unit komersial seperti shoplot dan office di dalam kawasan yang sama. Kawasan perumahan seperti ini juga meningkatkan lagi nilai sesuatu rumah terutama jika kawasan komersial tersebut berjaya dipenuhi.

Terdapat juga unit studio yang mempunyai fasiliti sedikit tetapi harga pula terlalu tinggi berbanding projek lain. Unit ini mungkin tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan melainkan lokasi tersebut sangat strategic.

#3 Rekabentuk

Dengan keluasan antara 350sqft hingga 450sqft, kebanyakan rekabentuk unit studio ini adalah sama. Tetapi, rekabentuk yang terbaik adalah mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Mempunyai pemisah antara ruang dapur dan ruang tamu.

b. Mempunyai ruang untuk meletak mesih basuh.

c. Ruang dapur berhampiran dengan tingkap

d. Ruang tamu mempunyai cermin pandang luar.

Selain dari diatas, anda juga boleh pilih unit studio yang sudah mempunyai perabot lengkap supaya anda tidak perlu keluar lagi kos untuk penambahan perabot.

3 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post