Kerja Freelance Perlu Ambil Skim Persaraan KWSP, PRS atau lain-lain?

Sumber Gambar
Setiap pekerja di Malaysia mempunyai akaun KWSP yang dicarum setiap bulan termasuk caruman dari majikan sendiri.

Bagi individu yang bekerja sendiri atau lebih dikenali sebagai freelance, mereka tidak mempunyai akaun KWSP untuk persaraan mereka.

Terdapat pelbagai jenis pelan persaraan yang sesuai untuk freelance ini selain dari KWSP seperti Private Retirement Scheme (PRS) dan lain-lain lagi.

PELAN PERSARAAN

Fungsi utama membuka akaun seperti KWSP dan PRS adalah untuk dijadikan sebagai dana atau pelan persaraan. Dana yang terkumpul akan digunakan ketika waktu bersara kelak.

Namun, terdapat banyak lagi kaedah atau pelan persaraan yang boleh diambil seperti unit trust, takaful, asb, tabung haji dan lain-lain. Semua pelan dan akaun ini boleh dijadikan tempat sebagai pelan persaraan anda pada masa akan datang.

KEUNTUNGAN

Salah satu faktor untuk memilih pelan persaraan untuk seorang freelance adalah kadar keuntungan bagi setiap simpanan yang dilakukan.

Di Malaysia, kebanyakan akaun simpanan dan pelaburan memberi pulangan yang tidak jauh beza iaitu dari 7% hingga ke 10% setahun. Melainkan anda seorang pelabur hartanah yang sangat agresif.


SEKATAN

Akaun KWSP dan PRS mempunyai sekatan iaitu tidak boleh dikeluarkan duit tersebut sehingga mencapai umur yang ditetapkan kecuali akaun 2 sahaja.

Kebaikannya, anda akan usik duit simpanan tersebut kerana kebanyakan dari kita sering mengusik simpanan yang baru sahaja dimulakan.

KADAR SIMPANAN BULANAN

Berapa banyak seorang freelance perlu simpan dalam pelan persaraan setiap bulan? Jawapannya adalah sehingga 30%.

Ya, jangan terkejut jika anda mungkin terpaksa menyimpan sehingga 30% dari gaji yang anda terima. 

Dua sebab utama adalah ; 1. Anda tidak mempunyai pendapatan yang tetap setiap bulan, 2. Anda tidak mempunyai majikan yang akan membantu mencarum untuk anda seperti KWSP.

Jadi, seorang freelance memang wajib ambil skim persaraan sendiri dan mestilah melebihi dari individu yang bekerja makan gaji.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)