BELANJAWAN 2019 : Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) 5% Bakal Ganggu Pelabur Hartanah?

Pada sesi Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guang Eng memberitahu Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) akan dikenakan sebanyak 5% walaupun dijual selepas 5 tahun.

Berbeza pada tahun sebelumnya, hartanah yang dijual selepas lima tahun tidak akan dikenakan sebarang Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).

Bagi individu atau pelabur hartanah yang gemar untuk menjual semula rumah yang dibeli selepas lima tahun mungkin akan terkesan dengan pengumuman tersebut. Persoalannya, adakah 5% tersebut memberi kesan yang terlalu kuat?

#1 5% dari keuntungan, bukan harga rumah

Jika difahamkan betul-betul CKHT ini, mungkin ramai yang keliru kerana cukai yang dikenakan hanyalah terhadap keuntungan sahaja. Maksudnya, jika ada keuntungan barulah kena bayar cukai.

Contoh pengiraan adalah seperti berikut:

Harga Jual : RM200,000
Harga Beli : RM100,000

Keuntungan : RM100,000

CKHT 5% : RM100,000 x 5% = RM5,000 sahaja

Pengiraan diatas menunjukkan bahawa 5% tidaklah memberi kesan yang banyak kepada individu atau pelabur hartanah yang menjual rumah selepas lima tahun.

*pengiraan diatas adalah contoh sahaja tidak termasuk keuntungan yang dibenarkan


#2 Ada pengecualian

Setiap individu boleh menggunakan pengecualian CKHT seperti berikut:

1. Pengecualian seumur hidup
Pengecualian untuk hartanah jenis kediaman sahaja.

2. Pengecualian 10%
Sebanyak RM10,000 atau 10% daripada keuntungan, bergantung kepada jumlah yang lebih tinggi.

3. Pengecualian kasih sayang
Pindah milik dari suami kepada isteri, ayah kepada anak atau datuk kepada cucu.

#3 Baik untuk pasaran hartanah Malaysia

Pengumuman CKHT pada kadar 5% selepas tahun kelima adalah satu langkah yang baik dari kerajaan untuk mengelak masalah pelabur hartanah yang terlalu agresif dalam membeli dan menjual rumah.

Dengan pengenalan tersebut, aktiviti jual beli agresif tersebut dapat diperlahankan sekaligus dapat mengawal harga rumah supaya tidak naik terlalu cepat.

Apa pandangan anda? Adakah tindakan ini satu tindakan yang bijak dari kerajaan?

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)