5 Perkara Anda Perlu Lakukan Untuk Bayi Yang Baru Lahir (KEWANGAN)

Setiap ibu bapa pasti seronok dengan kehadiran cahaya mata yang baru. 

Namun, anda sebagai ibu bapa haruslah tahu akan tanggungjawab yang lebih besar sedang menanti diri anda.

Dari segi pengurusan kewangan, bayi yang baru lahir juga memerlukan perancangan sejak dari awal lagi. Ibu bapa haruslah merancang kewangan untuk bayi mereka yang baru lahir.

Kami senaraikan beberapa perkara yang anda boleh lakukan (sekurang-kurangnya dua dari senarai dibawah):



#1 ADAM50 oleh PNB

Satu kerjasama diantara Kerajaan dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk semua bayi yang baru lahir di Malaysia.

Melalui kerjasama ini, setiap bayi yang baru lahir akan diberikan dana tabungan sebanyak 200 unit atau RM200 didalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk bumiputera dan Amanah Saham 1 Malaysia untuk bukan bumiputera.

Syarat utama adalah bayi mestilah lahir dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022. Manakala dana tabungan tersebut hanya boleh dikeluarkan ketika bayi tersebut mencecah umur 18 tahun.

#2 Hadiah Kerajaan Negeri

Tidak semua negeri memberi peruntukan atau hadiah untuk bayi yang baru lahir.

Contoh negeri yang memberi hadiah adalah seperti Negeri Selangor yang memberi bantuan sebanyak RM1,500 bagi setiap bayi yang baru lahir. Wang sebanyak RM1,500 ini hanya boleh dikeluarkan ketika usia mencecah 18 tahun.

Syarat utama untuk layak mendapat hadiah ini adalah lahir di Negeri Selangor dan permohonan mestilah sebelum bayi tersebut mencecah umur 3 tahun.



#3 Tabung Haji

Bagi orang Muslim, anda boleh buka akaun Tabung Haji untuk bayi anda yang baru lahir.

Kelebihan buka akaun Tabung Haji adalah simpanan tersebut dijamin 100% oleh kerajaan , tiada had simpanan dan juga anda boleh daftar haji untuk anak yang baru lahir.

Sebagai ibu bapa, anda boleh buat simpanan tetap setiap bulan untuk dijadikan sebagai dana pendidikan apabila bayi anda berusia 18 tahun.



#4 SSPNi

Anda boleh buka akaun SSPNi walaupun bayi anda baru sahaja berusia 1 tahun.

Kelebihan buka akaun dengan SSPNi ini adalah seperti pelepasan cukai untuk LHDN, khairat kematian, geran sepadan sehingga RM10,000 dan banyak lagi. Anda boleh rujuk maklumat lanjut di laman sesawang mereka disini SSPN-i.

Selain itu, dengan simpanan bulanan RM100 selama 17 tahun, anak anda bakal mempunyai dana pendidikan sebanyak RM29,053 (pada kadar keuntungan 4% setahun).
#5 Akaun Bank Kanak-Kanak

Pihak bank juga menawarkan akaun simpanan kanak-kanak untuk anda.

Kebanyakan bank memberi banyak manfaat seperti kadar keuntungan tahunan yang tinggi, hadiah pendidikan, manfaat takaful dan macam-macam lagi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi terus ke bank berhampiran anda atau dapatkan maklumat terlebih dahulu disetiap laman sesawang bank.

#6 Medical Card 

Akhir sekali, jangan dilupa kad perubatan untuk anak anda yang baru lahir.

Untuk kad perubatan bayi, caruman yang perlu dilakukan setiap bulan biasanya adalah lebih tinggi. Hal ini kerana bayi mempunyai risiko kesihatan yang lebih tinggi berbanding orang dewasa.

Selain dari senarai diatas, anda juga boleh buat banyak lagi seperti akaun Unit Trust, beli hartanah untuk dana pendidikan, simpanan pendidikan melalui Takaful dan lain-lain lagi.

2 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post