Sering Ditipu Oleh Kontraktor Ketika Renovate Rumah? Cara Untuk Elak Ditipu

Ramai yang mempunyai pengalaman ditipu oleh kontraktor ketika ingin mengubahsuai rumah mereka.

Setiap orang mempunyai impian untuk membuat renovasi terhadap rumah mereka untuk kelihatan lebih cantik dan selesa. Oleh sebab itu, ramai yang mengupah kontraktor untuk menyiapkan dan mengubahsuai rumah mereka.

Namun, tidak semua kontraktor yang diupah akan bekerja dengan bagus dan menghasilkan kualiti yang baik. 

Perkara yang menyebabkan tuan rumah rasa tidak puas hati adalah apabila ditipu dengan cara:

#1 Sebutharga yang terlalu mahal berbanding harga pasaran semasa

Terdapat beberapa kontraktor yang mengambil kesempatan terhadap tuan rumah yang masih lagi muda dan baru untuk mengubahsuai rumah. 

Kontraktor akan memberi sebutharga yang terlalu mahal berbanding harga pasaran semasa. Jika tuan rumah yang tidak mengetahui harga pasaran semasa, mereka mungkin akan bersetuju dengan harga tersebut.

#2 Kualiti hasil kerja yang tidak mencapai standard yang dipersetujui

Ketika memberi gambaran renovasi yang perlu dilakukan, kebanyakan kontraktor akan sentiasa berkata 'boleh'. Namun, setelah semuanya setuju, ada sahaja perkara yang mereka tidak boleh lakukan.

Lebih teruk, jika mahu lakukan juga, mereka akan caj bayaran tambahan.

Selain itu, hasil kerja yang disiapkan juga mungkin tidak seperti yang diharapkan dan dipersetujui dari peringkat awal lagi.

#3 Kualiti barang dan bahan yang rendah

Perkara paling sukar untuk tuan rumah elak adalah untuk memastikan kontraktor menggunakan bahan dan barang yang berkualiti.

Kebanyakan kontraktor mahu berjimat dan mereka akan membeli barang yang lebih murah serta kurang berkualiti.

Kesan menggunakan bahan dan barang yang murah biasanya akan nampak selepas dua atau tiga tahun dimana terdapat kerosakan pada rumah tersebut.

Jadi, bagaimana untuk elak supaya tidak ditipu oleh kontraktor ketika mahu renovate rumah?

#1 Sentiasa membuat survey beberapa kontraktor

Ya, perkara yang anda wajib lakukan adalah melakukan survey terlebih dahulu dan mendapatkan sebutharga. Sebutharga dari kontraktor biasanya adalah percuma.

Dapatkan antara tiga hingga 4 sebutharga dari kontraktor dan anda boleh buat perbandingan.

#2 Dapatkan feedback atau review dari pengguna

Selain itu, anda juga boleh baca review di laman web atau Facebook mereka terlebih dahulu. Jika terdapat banyak pengguna yang memberikan feedback yang positif, anda akan lebih selamat.

Jangan terlalu percaya review yang dikeluarkan sendiri oleh kontraktor.


#3 Pastikan setiap renovasi ditulis atas kertas sebagai bukti

Pastikan setiap renovasi yang anda ingin lakukan ditulis diatas kertas dan dipersetujui oleh kedua belah pihak. Perkara ini bagi memastikan tidak berlaku sebarang masalah pada masa akan datang.

Selain itu, kertas tersebut boleh dijadikan sebagai rujukan semasa proses renovasi supaya tidak berlaku kesalahan.

#4 Hanya bayar mengikut peringkat

Jika anda sudah bersetuju dengan sebutharga yang diberikan, pastikan anda hanya bayar mengikut peringkat. Jangan sesekali membayar semua bayaran pada peringkat awal.

Bayaran dibuat secara berperingkat adalah untuk memastikan progres renovasi dibuat mengikut masa yang ditetapkan. Selain itu, ini juga bagi mengelakkan masalah kontraktor lari tanpa menyiapkan kerja.

Oleh itu, pastikan anda sentiasa berhati-hati dalam memilih kontraktor untuk mengubahsuai rumah anda.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post