Ini Cara Paling Mudah Untuk Tentukan Lokasi Rumah Yang Sesuai Supaya Anda Tidak Rugi

Ramai yang mahu beli rumah tetapi terlupa untuk pilih rumah yang sesuai supaya mereka tidak rugi.

Kebanyakannya hanya mengeluh selepas tinggal dirumah baru hanya selepas beberapa bulan. 

Kerugian yang dimaksudkan disini adalah kenaikan kos tambahan yang berpunca dari berpindah ke kawasan perumahan yang baru.

Jadi, bagi mengelakkan masalah terpaksa menanggung kos yang semakin bertambah, anda perlu lebih berhati-hati ketika memilih rumah.


#1 Berhampiran Tempat Kerja


Perkara pertama anda perlu tahu ketika memilih rumah adalah mengetahui jarak perjalanan dari rumah ke pejabat anda.

Semakin jauh jarak perjalanan, semakin banyak kos yang perlu ditanggung. Kos yang dimaksudkan adalah seperti petrol, tol, maintenance kereta lebih kerap, dan lain-lain.

Selain dari kos tersebut, jarak yang jauh juga menyebabkan anda rasa lebih penat kerana berada terlalu lama diatas jalan raya.

Oleh sebab itu, anda perlu memastikan rumah yang dipilih adalah tidak terlalu jauh dari tempat kerja anda.

#2 Bukan Laluan Banyak Tol

Hidup di Lembah Klang ini memang tidak terlepas dari membayar tol sepanjang perjalanan. Namun, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan memilih jalan raya yang tidak mempunyai plaza tol yang banyak.

Terdapat banyak kes apabila individu yang ingin pergi ke tempat kerja terpaksa membayar sehingga tiga kali tol setiap hari walaupun jarak yang dekat.

Bagi mengelakkan kos untuk bayaran tol anda meningkat, pastikan rumah yang dipilih sekurang-kurangnya mempunyai jalan alternatif tanpa tol.

#3 Kawasan Kejiranan Berkeluarga

Apa kena mengena kawasan kejiranan berkeluarga dengan kos yang tinggi?

Kebanyakan kawasan kejiranan berkeluarga mempunyai banyak fasiliti yang lengkap. Selain itu, kos sara hidup kawasan ini juga tidak tinggi kerana beberapa faktor seperti:

1. Ramai peniaga yang menawarkan harga makanan yang lebih murah.

Kawasan kejiranan berkeluarga biasanya mempunyai ramai suri rumah yang berniaga hanya untuk kepuasan diri sendiri. Kebanyakan mereka tidak akan berniaga semata-mata untuk mendapat keuntungan yang tinggi.

2. Kemudahan penjagaan kanak-kanak yang murah

Bagi pasangan atau ibu bapa yang tinggal dibandar, kos untuk pengasuh merupakan salah satu kos yang tertinggi perlu dibayar setiap bulan. 


3. Kawasan lebih dilengkapi oleh fasiliti dan kemudahan asas

Semakin ramai penduduk, semakin banyak fasiliti yang tersedia disesuatu kawasan seperti hospital, bank, pejabat pos dan lain-lain.

4. Penduduk lebih matang dan mesra

Apabila anda dikelilingi oleh kejiranan yang lebih matang, tidak banyak masalah yang anda akan hadapi.

Pastikan sebelum beli rumah, semak dahulu lokasi tersebut supaya anda tidak rugi pada masa akan datang.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)