Cara Mudah Buat Duit Dengan Home Tuition. Part Time Pun Boleh

Salah satu cara mudah untuk anda tambah pendapatan adalah melalui Home Tuition atau tuisyen di rumah.

Malah, ramai juga yang menjadikan Home Tuition ini sebagai kerjaya utama mereka kerana pendapatan yang diterima adalah sehingga RM7,000 sebulan.

Kami ingin kongsikan dengan anda dengan anda cara-cara mudah untuk anda mulakan Home Tuition dengan mudah.

#1 Pilih Subjek Anda

Perkara pertama anda perlu buat adalah memilih subjek atau mata pelajaran yang anda mahir dan yakin boleh mengajar.

Anda tidak perlu mahir atau mengajar semua subjek tetapi lebih baik jadi pakar untuk satu atau dua subjek. Jika anda menjadi pakar, kadar yuran anda adalah lebih tinggi berbanding orang lain.

Sebagai permulaan, anda boleh bermula dengan mata pelajaran untuk sekolah rendah terlebih dahulu kerana lebih mudah.

#2 Pilih Kawasan & Pelanggan

Pastikan juga kawasan yang anda mahu lakukan Home Tuition tersebut mudah diterima dikawasan tersebut. Maksudnya, kawasan tersebut sudah biasa dengan trend Home Tuition ini.

Kawasan yang baik adalah kawasan ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang tinggi kerana mampu untuk bayar servis anda.

Pastikan juga anda pilih kawasan yang berhampiran dengan anda supaya mudah untuk anda hadir ke rumah pelanggan.

#3 Yuran Mengikut Jam

Paling penting sekali adalah menetapkan yuran untuk anda caj setiap plelanggan anda.

Biasanya, kadar untuk Home Tuition mengikut subjek adalah seperti berikut:
  • Sekolah rendah       : RM30 - RM50 / jam
  • Sekolah Menengah : RM40 - RM100 / jam
Contoh pengiraan pendapatan anda.

Part time (4 jam seminggu)   : RM50 x 4 jam = RM200 seminggu @ RM1,000 sebulan
Full time (12 jam seminggu) : RM50 x 12 jam = RM600 seminggu @ RM2,400 sebulan



#4 Marketing

Akhir sekali, anda perlu buat pemasaran atau marketing dengan betul untuk mencari pelanggan. Tanpa pemasaran yang betul, sukar anda mencari pelanggan.

Anda boleh iklankan servis Home Tuition anda melalui beberapa cara seperti:
  • Online : Ini adalah cara paling mudah kerana pemasaran menjadi lebih luas dan mudah. Selain itu, kos juga adalah lebih rendah. Contohnya adalah seperti Facebook, Blog, Mudah.my dan lain-lain lagi.
  • Flyers : Anda boleh edarkan flyers di kawasan-kawasan pilihan anda supaya mereka tahu tentang servis anda.
  • Banner : Anda juga boleh gantung banner anda di tempat tumpuan seperti berhampiran sekolah.
Paling penting, jika servis anda sangat memuaskan, pelanggan sendiri akan mencari anda.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)