Ramai Yang Tersilap Tentang Income Replacement dan Income Protection. Ini Perbezaan Yang Anda Perlu Tahu

Ramai yang tahu bahawa pelan penggantian pendapatan (Income Replacement) dan pelan perlindungan pendapatan (Income Protection) sangat penting terutama kepada individu yang bekerja.

Apakah perbezaan antara Income Replacement dan Income Protection ini? Adakah kedua-duanya adalah satu pelan yang sama?

Kami akan terangkan perbezaan utama antara Income Protection dan Income Replacement dalam artikel ini dengan lebih mendalam.

Penggantian Pendapatan (Income Replacement) :

Satu pelan yang berfungsi untuk menggantikan pendapatan jika anda tidak dapat lagi bekerja akibat daripada cacat kekal atau menghidap penyakit kekal. 

Selain itu, pelan ini juga berfungsi sebagai penggantian pendapatan kepada individu yang anda tanggung (seperti pasangan dan anak-anak) apabila berlaku kematian.

Pelan yang sesuai untuk income replacement adalah pelan hayat takaful atau simpanan anda sendiri (jika mencukupi).

Bagaimana untuk kira Income Replacement?

Jumlah yang perlu diambil kira adalah 10 tahun pendapatan anda. Jika gaji tahunan adalah RM40,000, maka jumlah income replacement yang perlu diambil adalah RM400,000 (jika tiada simpanan).

Fungsi utama untuk income replacement adalah untuk menanggung perbelanjaan seperti berikut:
  1. Perbelanjaan harian waris (anak-anak dan pasangan)
  2. Bayaran ansuran hutang yang tidak mempunyai insuran
  3. Kos pendidikan anak-anak
  4. Lain-lain
Perlindungan Pendapatan (Income Protection)

Satu pelan yang berfungsi untuk melindungi pendapatan anda jika menghadapi masalah kesihatan atau kemalangan yang menyebabkan anda terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mendapatakan rawatan.

Pelan ini memastikan pendapatan bulanan anda dilindungi dan tidak diusik apabila anda dimasukkan ke hospital.

Pelan yang sesuai untuk income protection ini adalah kad perubatan (Medical Card) yang disediakan oleh syarikat takaful/insuran atau syarikat anda sendiri.

Adakah Income Protection Sudah Mencukupi?

Jika anda sudah mempunyai kad perubatan, anda sudah melindungi pendapatan anda. Namun, anda perlu pastikan manfaat kad perubatan anda adalah mencukupi untuk memastikan pendapatan anda dilindungi sepenuhnya.

Kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai Income Protection tetapi tidak ramai yang mempunyai Income Replacement yang mencukupi.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post