Panduan Memilih Kad Kredit Yang Sesuai dan Menguntungkan


Penggunaan kad kredit yang betul bukan sahaja memudahkan hidup anda tetapi juga menguntungkan.

Di Malaysia sahaja, terdapat banyak kad kredit yang anda boleh pilih dari beberapa bank yang menawarkan kad kredit. Tetapi, anda mungkin rasa sedikit pening untuk memilih kad kredit yang sesuai untuk anda kerana terlalu banyak pilihan yang ditawarkan.

Kami ingin berkongsi panduan untuk memilih kad kredit yang sesuai dan menguntungkan anda.

#1 Yuran Tahunan

Setiap kad kredit mempunyai yuran atau caj tahunan penggunaan. Tetapi, terdapat juga beberapa kad kredit yang mengecualikan yuran tahunan ini.

Walaupun jumlah yang dikenakan tidak mahal, tetapi anda boleh berjimat. Pastikan sebelum memilih kad kredit, anda lihat dahulu sama ada yuran tahunan dikenakan atau tidak.

#2 Caj Pengeluaran Tunai

Anda boleh keluarkan duit secara tunai dari ATM dengan kad kredit anda! Ya memang boleh. Tetapi, caj yang akan dikenakan adalah tinggi.

Jadi, anda perlu memilih kad kredit yang mengenakan caj pengeluaran tunai yang paling rendah jika anda rasa pengeluaran tunai dari kad kredit adalah penting.

#3 Penggunaan di Luar Negara

Jika anda suka suka melancong ke luar negara, anda boleh pilih kad kredit yang memudahkan anda semasa melancong di luar negara.

Contohnya adalah seperti cara pengaktifan kad kredit, caj yang dikenakan, penerimaan di banyak tempat dan banyak lagi. Kad kredit dapat digunakan terutama ketika waktu kecemasan di luar negara.

Kenapa saya masih menggunakan kad kredit sehingga hari ini.

#4 Pilihan Kedai Untuk Ansuran Tanpa Interest

Kebanyakan kedai hari ini sudah mula menawarkan penjualan produk atau servis dengan kemudahan ansuran bulanan tanpa interest dengan menggunakan kad kredit dari bank terpilih.

Anda boleh lihat dahulu bank yang menjadi pilihan banyak kedai sebelum memohon kad kredit anda. Jika kad kredit tersebut diterima, anda lebih mudah untuk beli sesuatu barang dengan menggunakan ansuran bulanan tanpa sebarang interest.

#5 Manfaat

Akhir sekali, perkara penting anda perlu tahu adalah berkenaan manfaat dan rebat yang diberikan oleh bank mengikut jenis kad kredit yang anda pilih.

Setiap kad kredit mempunyai manfaat dan rebat yang berbeza mengikut keperluan dan kesesuaian anda. Anda perlu memilih kad kredit mengikut gaya hidup anda seperti penggunaan petrol, penggunaan berbelanja di pasaraya, penggunaan ke luar negara dan lain-lain lagi.

Pastikan sebelum anda memohon kad kredit, anda fahamkan setiap manfaat dan rebat yang bakal diterima jika anda kerap menggunakan kad kredit tersebut.

Kad kredit mungkin memudahkan kehidupan seharian anda tetapi jangan lupa ramai yang mempunyai masalah kewangan kerana gagal menggunakan kad kredit dengan baik.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)