Ini Cara Untuk Pihak Bank Luluskan Pinjaman Perumahan Anda Dengan Mudah

Setiap orang akan merasa gembira jika permohonan pinjaman perumahan mereka diluluskan oleh pihak bank.

Namun, masih ada juga yang permohonan pinjaman perumahan mereka tidak diluluskan oleh pihak bank. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan permohonan mereka ditolak.

Kami ingin kongsikan perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu memudahkan pihak bank meluluskan pinjaman perumahan anda.

#1 Kenal Diri Sendiri

Ini perkara paling utama anda perlu tahu iaitu kenal diri sendiri. Maksudnya, anda perlu tahu jumlah maksimum harga rumah yang anda layak untuk beli.

Anda boleh menggunakan formula Debt Services Ratio (DSR) sebagai penanda aras yang pertama untuk menentukan tahap kelayakan pinjaman perumahan anda.

Jika anda hanya layak untuk rumah berharga RM300,000, jangan pula anda mohon untuk beli rumah yang berharga RM500,000. Sudah tentu pihak bank tidak akan meluluskan pinjaman anda.


#2 Simpanan Hujung Bulan

Jika anda mahu beli rumah dengan ansuran bulanan RM500 sebulan, pihak bank biasanya mahu lihat adakah anda mampu untuk membayar RM500 sebulan tersebut.

Untuk memudahkan pinjaman perumahan anda diluluskan, pastikan anda mempunyai simpanan atau lebihan tunai dari gaji yang sama jumlah dengan ansuran bulanan.

Contohnya, dengan ansuran bulanan RM500, anda perlu mempunyai lebihan dari gaji setiap bulan minimum RM500. Jika baki hujung bulan adalah RM0, macam mana pihak bank tahu anda mampu bayar ansuran bulanan tersebut.

#3 Dokumen Lengkap

Selain dari pengiraan kelayakan perumahan, anda juga perlu pastikan setiap dokumen disertakan dengan lengkap.

Dapatkan maklumat terlebih dahulu mengenai dokumen yang diperlukan oleh pihak bank, kemudian baru anda boleh sediakan semua dokumen tersebut. Setiap bank biasanya mempunyai sedikit sahaja perbezaan dari segi dokumen yang diperlukan.

Jika dokumen semua lengkap dan tersusun, lebih mudah untuk pegawai bank untuk memproses permohonan anda. Masalah yang sering dihadapi oleh golongan muda untuk memiliki rumah pertama.


#4 Bayar Cukai

Jangan sesekali untuk lari dari cukai tetapi cuba belajar untuk kurangkan cukai.

Pihak bank lebih suka untuk meluluskan pinjaman perumahan individu yang menjalankan tanggungjawab untuk membayar cukai. Melalui pembayaran cukai, ini menunjukkan pendapatan anda juga adalah sudah disahkan.

Jika tangga gaji anda masih tidak layak untuk membayar cukai, tidak perlu anda bayar cukai.

Ini antara beberapa cara yang anda boleh cuba lakukan bagi memastikan pinjaman perumahan anda diluluskan oleh pihak bank. Selamat mencuba!

2 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post