Empat (4) Tanda Pengurusan Kewangan Anda Masih Belum Merdeka

Setiap orang memiliki impian untuk mempunyai pengurusan kewangan yang sudah merdeka. 

Maksudnya, mempunyai pengurusan kewangan yang bebas dari beban hutang yang tinggi dan mempunyai pendapatan yang stabil.

Terdapat tanda-tanda dalam pengurusan kewangan yang menunjukkan sebenarnya anda masih belum merdeka.

#1 Tidak Mampu Membuat Simpanan Setiap Bulan

Salah satu indikator penting dalam pengurusan kewangan adalah kemampuan untuk membuat simpanan setiap bulan walaupun jumlah yang sedikit.

Individu yang mampu untuk membuat simpanan secara konsisten setiap bulan pastinya mempunyai pengurusan kewangan yang baik.

#2 Baki Akaun Bank '0' Sebelum Gaji Masuk

Jika anda dalam keadaan yang sentiasa menunggu gaji baru masuk untuk berbelanja, anda perlu menilai semula pengurusan kewangan anda.

Perumpaan yang tepat adalah seperti:
Awal bulan makan Chicken Chop, hujung bulan makan Maggie
Pengurusan kewangan yang baik memastikan perbelanjaan bulanan anda lebih terkawal tanpa menunggu gaji yang seterusnya.

Jadi, jika anda tidak terlalu mengharap gaji pada bulan depan, pengurusan kewangan anda sudah baik.

#3 Hutang Tertunggak Melebihi Sebulan

Biasanya individu yang terlewat membayar ansuran bulanan seperti kereta dan rumah adalah kerana gaji yang masuk lebih lewat dari tarikh akhir bayaran ansuran. 

Namun, perkara menjadi tidak normal apabila kelewatan itu melebihi satu bulan dan masih lagi tidak tertunggak.

Ini petanda sangat penting yang menunjukkan hutang tersebut sebenarnya membebankan dan anda mungkin sedang struggle untuk meneruskan ansuran bulanan tersebut.


#4 Masih Meminjam Dari Orang Lain

Akhir sekali, perkara yang menunjukkan anda masih belum merdeka dalam pengurusan kewangan adalah apabila anda masih meminjam duit dari orang lain untuk meneruskan kehidupan anda.

Punca utama mungkin dari ansuran bulanan hutang yang terlalu tinggi hingga menyebabkan perbelanjaan asas harian terganggu.

Jika anda mempunyai tanda-tanda diatas, anda perlu membaik pulih kewangan anda segera bagi mengelakkan masalah yang lebih besar seperti muflis.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)