Cara Untuk Lindungi Rumah Baru Anda


Anda pasti rasa sangat gembira apabila berjaya memiliki rumah pertama. Namun, banyak lagi perkara yang anda perlu lakukan untuk menjaga rumah tersebut.

Seperti kereta anda perlu hantar servis, begitu juga dengan rumah.

Beberapa perkara yang anda perlu lakukan untuk lindungi rumah anda adalah seperti berikut:

#1 Sediakan Tabung Baik Pulih Rumah

Setiap kali masuk rumah baru, pastikan anda menyediakan satu tabung atau dana untuk baik pulih rumah.

Antara masalah yang sering terjadi seperti paip bocor, masalah tiles, masalah atap dan juga kerosakan lain yang lebih besar. Semua masalah tersebut  memerlukan kos untuk membaiki, melainkan anda boleh melakukan sendiri.

Tabung ini juga bagi memastikan anda tidak mengharapkan kepada pendapatan atau gaji bulanan sahaja.

#2 Buat Maintenance Penjagaan

Penjagaan rumah sama ada bahagian dalam atau luar perlu dilakukan secara tetap.

Contoh bahagian dalam rumah yang perlu dijaga adalah seperti bahagian tandas, dapur, stor dan ruang tamu. Jika penjagaan atau pembersihan dilakukan dengan kerap, rumah akan terhindar dari masalah yang lebih besar.

Manakala bahagian luar rumah yang perlu dijaga adalah seperti memastikan tiada takungan air dan saluran air yang lancar.

Rumah yang tiada penjagaan akan menyebabkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.


#3 Fahamkan Insuran Kebakaran

Setiap rumah biasanya sudah mempunyai insuran kebakaran. Namun, masih ramai yang tidak tahu jenis perlindungan yang diberikan.

Oleh itu, pastikan anda dan keluarga faham akan polisi kebakaran supaya memudahkan anda membuat tuntutan pada masa akan datang.

Anda ada cadangan lain cara untuk jaga rumah baru? Komen dibawah.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)