Jawapannya adalah sangat berbaloi dan penting. Namun, kos yang tinggi mungkin menyebabkan ramai tuan rumah tidak mahu pasang grill di rumah sewa mereka.
Tuan Ed Aswandi berkongsi tip pasang grill rumah untuk tujuan penyewaan di Facebook beliau.
🔘 Lama tak share bab property ni wehh, Ok bagi sesebuah rumah memang memerlukan grill sebagai tujuan pencegahan keselamatan yang diperbuat dari pelbagai jenis besi. Grill biasanya dipasang di pintu luar, sliding door, tingkap, jendela & ruangan berkaca yang terdedah.
🔘 Orang nak menyewa rumah kita pun dia tengok ada grill atau tidak, kalau kosong je alamatnya payah lah nak dapat penyewa oleh kerana faktor keselamatan.
🔘 Harga besi yang semakin mahal bagi grill keseluruhan rumah, ia bergantung kepada berapa banyak besi yang digunakan, jenis besi & corak design besi.
🔘 Bagi rumah untuk tujuan penyewaan, perkara paling penting bagi grill ialah harga yang paling rendah & ekonomi.
🔘 Tiada guna tempah menggunakan besi jenis mahal, corak design yang nak lebih cantik serta cat putih yang nampak lebih elegan. Boleh kata semua tu membazir melainkan nak duduk sendiri.





![]() |
sumber : Facebook |
Walaupun besi biasa & lebih murah, tidak bermaksud ia kurang sesuai dijadikan sebagai grill. Harganya murah kerana kos pembuatan & beratnya adalah lebih rendah menyebabkan proses pembuatannya lebih mudah & dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak.
#2. Grill tidak perlu corak berbunga-bunga, corak yang melengkung etc kerana harganya akan lebih mahal dari corak standard lurus biasa. Memang nampak cantik tapi fungsinya tetap sama.
#3. Tidak perlu cat grill dengan powder coating, cukup gunakan cat biasa sahaja. Jika ambil cat powder coating kita kena tambah duit lagi bagi grill sebuah rumah dalam lingkungan RM800 - RM1500. Cat biasa lebih fleksibel & low maintenance.
#4. Jangan cat grill warna putih, ini kerana warna putih akan nampak lebih cepat lusuh, kekuningan, kotor etc. Sebaiknya pilih warna yang lebih gelap seperti coklat, hitam.
#5. Tidak perlu grill jenis besi Wrought Iron atau Stainless Stell bagi rumah tujuan sewaan. Dari aspek kualiti & ketahanan ianya mungkin lebih baik berbanding besi biasa tetapi harganya konfem lebih mahal dari besi biasa.
Sumber : Facebook