Nak Kawal Harga Rumah? Kawal Pelabur - Nadzri Sazali


Mungkin anda tertanya-tanya kenapa harga rumah semakin mahal dan sukar untuk dikawal.

Tuan Nadzri Sazali ada berkongsi ulasan di Facebook beliau seperti berikut.

Bila bercakap soal beli rumah ni, benda pertama yang akan disebut adalah rumah makin lama makin mahal. Aku rasa benda ni, semua boleh setuju.

Dan jika dilihat purata transaksi harga rumah tahun lepas (2017), sebiji rumah dibeli pada harga RM351,000 berbanding RM190,000 pada 10 tahun lepas (2008). Hampir 2 kali ganda kenaikan pada nilai hartanah walaupun transaksi tahun 2017 (194,684) lebih rendah berbanding tahun 2008 (216,702)!

Dan sekiranya berterusan, trend kenaikan harga ni akan berterusan melainkan kerajaan perkenalkan polisi untuk isu ni. Persoalannya, polisi yang macam mana?

Tidak dinafikan, ada berlaku 'missmatch' yang besar pada supply dimana pemaju mencipta rumah-rumah yang agak mahal dikawasan yang terpencil menjadikan harga rumah tidak masuk akal. Sebagai contoh, sebuah kondo 800k di Bangi.

Ini yang ramai tahu dan sedar sehinggakan JPPH buat satu portal untuk semak jumlah hartanah 'overhang' di sesebuah lokasi.

*Overhang adalah satu keadaan di mana sebuah property telah disiapkan dan sedia didiami, tapi masih gagal dijual setelah 9 bulan

Tapi yang ramai tidak sedar adalah 'missmatch' pada bahagian demand, dimana mereka yang hidup dalam kelas M40, T20 tapi membeli hartanah-hartanah yang dicipta untuk mereka di dalam kelas B40.

Ya! Ini adalah sejenis masalah.

Tak kira berapa banyak hartanah mampu milik pun yang dibina, tapi kalau ianya dibeli mereka yang bukan sepatutnya, sampai bila pun isu ni akan berpanjangan.

*Mengikut definisi bank negara, hartanah mampu milik adalah yang berharga <RM250,000
"Alah, kalau kami (M40/T20) tak beli pun, ingat diorang (B40) nak beli ke?"

Maka keluarlah hujah yang mengatakan pada tahun 2017, angka hartanah overhang meningkat kepada 24,738. Jadi tindakan mereka itu dijustifikasikan dengan lambakan rumah yang masih tidak terjual. Tapi fakta yang mereka tidak sebut adalah majoriti hartanah yang tidak terjual ini adalah yang berharga RM500k-RM1 juta dan bukan rumah RM200,000 yang mereka beli.

Dan di atas kertas, rumah RM500k-RM1 juta ini layak untuk dipohon oleh mereka yang dalam kelas M40 dan T20!

Jadi, antara solusi yang boleh diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia adalah :

1. Memperkenalkan Capping Threshold

Dengan memperkenalkan had pembelian, pembeli akan terpaksa membeli hartanah dalam kelayakan masing-masing.

Sebagai contoh, mereka yang berpendapatan isi rumah RM5,000 tidak dibenarkan membeli rumah yang berharga bawah RM200,000. Dan merekayang berpendapatan RM10,000 tidak dibenarkan membeli rumah bawah RM500,000.

Dengan cara ni, nak atau tidak, mereka perlu mencari hartanah yang bersesuaian dengan kemampuan, yang mana mereka sewajarnya mampu sekaligus menyelesaikan masalah supply melalui preservation.

Dan dalam masa yang sama, isu overhang turut dapat diselesaikan. Rumah-rumah yang berharga RM500,000 yang tak siapa beli ni, kini akan dibeli oleh mereka yang berpendapatan RM10,000 (contoh) oleh kerana mereka dah disekat daripada membeli hartanah bawah RM500,000.

Dan semestinya, akan ada impak negatif dimana 'liquidity' hartanah akan jadi lebih susah. Namun untuk jangka masa panjang, harga rumah akan lebih terkawal hasil daripada demand yang terkawal.

Mungkin untuk pembeli rumah pertama, kelonggaran dapat diberikan.

2. Definisi Baru Pendapatan Isi Rumah

Jika dilihat kepada apa yang dibuat di Singapura oleh Housing & Development Board (HDB) mereka, untuk membeli rumah inisiatif kerajaan, pendapatan isi rumah yang diambil kira bukan sekadar suami-isteri, tapi turut diambil kira sekurang-kurangnya pendapatan 2 orang anak.

Dalam erti kata lain, pendapatan satu keluarga.

Dengan cara ini, isu isu seperti mak ayah jutawan tapi belikan rumah kos rendah untuk anak, atau anak jutawan belikan rumah untuk mak ayah dapat dielakkan terus.
.
Dan aku harap tidak lah timbul soalan-soalan seperti,

"Kalau aku tak beli, penyewa nak sewa dengan siapa?"
Sebab konteks perbincangan adalah mengenai harga rumah.

Sumber : Facebook

Anda setuju dengan ulasan diatas atau ada cadangan lain? Komen cadangan anda dibawah.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post