Dasar Rumah Kouta Bumiputera Negeri Sembilan Akan Dikaji Semula?


Adakah kuota bumiputera untuk pembelian rumah akan dikurangkan?

Menurut sumber Berita Harian, kerajaan Negeri Sembilan akan mengkaji semula kuota bumiputera bagi mengatasi masalah rumah bumiputera yang tidak terjual.

Menurut Menteri Besar, Aminuddin Harun, walaupun sudah banyak promosi dan iklan yang dibuat, masih banyak rumah bumiputera yang tidak terjual. Ini menyebabkan pembangunan sesuatu tempat terganggu.

Kuota perumahan Bumiputera di Negeri Sembilan adalah seperti berikut:

Rumah tidak melebihi RM80,000   : 15%
Rumah tidak melebihi RM250,000 : 15%
Rumah tidak melebihi RM400,000 : 20%

Jumlah kuota perumahan Bumiputera adalah sebanyak 50%.

Perkara paling penting dalam isu ini adalah pembangunan dapat diteruskan dalam sesuatu kawasan dan semua pihak mendapat manfaat.

Sumber : Berita Harian

Apakah punca utama rumah Bumiputera tidak terjual dengan banyak? Faktor yang menjadi punca rumah tidak terjual adalah seperti:

1. Komitmen yang terlalu tinggi disebabkan pinjaman kereta, peribadi dan lain-lain.
2. Kenaikan gaji yang rendah dan tidak sepadan dengan harga rumah
3. Gagal mempunyai simpanan yang cukup untuk kos pemilikan hartanah.

Apa komen anda? Cuba kongsikan dibawah.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)