Perbezaan Utama Antara Pinjaman Perumahan (Konvensional) Dengan Pembiayaan Perumahan (Islamik)


Ramai juga yang beranggapan bahawa pinjaman perumahan yang konvensional dan Islamik itu sama sahaja.

Jika anda berniat membeli rumah, anda pasti pernah dengar tentang dua jenis pinjaman dan pembiayaan dari pihak bank ini.

Mana satu yang perlu anda pilih? Pastinya jika anda seorang Muslim, anda perlu memilih pembiayaan Islamik.

Berikut adalah perbezaan utama antara pinjaman perumahan konvensional dan juga pembiayaan perumahan Islamik.

#1 Jenis Kemudahan

Untuk Islamik, kemudahan yang diberikan adalah satu bentuk pembiayaan. Manakala konvensional pula adalah pinjaman.

Apa beza pinjaman dan pembiayaan?

Pinjaman  adalah satu bentuk kontrak satu pihak memberikan wang kepada pihak lain dan kembalikannya dalam tempoh yang ditetapkan beserta faedah.

Pembiayaan pula adalah kemudahan berhutang melalui konsep jual beli seperti Murabahah, Bai' Bithaman Ajil, dan konsep perkongsian Musyarakah Mutanaqisah.

Sebab itu jika ambil pembiayaan Islamik, anda perlu tandatangan banyak kontrak!

#2 Keuntungan

Dari segi keuntungan pula, terdapat beberapa perbezaan seperti berikut:

Pembiayaan perumahan Islamik 

Keuntungan adalah hasil dari bentuk jualan atau hasil kerjasama antara dua pihak. Juga disebut sebagai kadar keuntungan dalam kontrak.

Pinjaman perumahan konvensional

Keuntungan adalah hasil dari faedah transaksi pinjaman wang. Juga disebut sebagai kadar faedah dalam kontrak.

#3 Lewat Bayaran

Apakah yang akan terjadi jika anda lewat membuat bayaran ansuran kepada pihak bank? 

Kedua-dua jenis pinjaman dan pembiayaan akan kenakan penalti kepada anda.

Pembiayaan perumahan Islamik

Satu bentuk pampasan (ta'widh) dan penalti (Gharamah) perlu dibayar kepada pihak bank.
Ta'widh akan menjadi sumber pendapatan kepada pihak bank manakala Gharamah pula akan diberikan kepada organisasi kebajikan seperti Baitulmal.

Pinjaman perumahan konvensional

Penalti akan dikenakan dan dijadikan sebagai pendapatan pihak bank. Penalti tersebut juga menggunakan konsep compounding dimana kadar penalti ini akan semakin meningkat jika anda tidak bayar juga.


#4 Membuat Penyelesaian Awal

Mungkin anda pernah dengar term seperti Lock-in-Period yang bermaksud anda tidak boleh membuat penyelesaian awal dalam tempoh tertentu atau akan dikenakan penalti.

Bagi pembiayaan perumahan Islamik, tiada lock-in-period akan dikenakan dan juga akan diberikan rebat (ibra)

Manakala bagi pinjaman perumahan konvensional pula, lock-in-period akan terpakai dan tiada rebat akan diberikan.

#5 Insuran

Untuk pembiayaan perumahan Islamik, pembiayaan anda perlu dilindungi oleh takaful sama ada MRTT atau MLTT.

Manakala pinjaman perumahan konvensional pula dilindungi oleh insuran konvensional sama ada MRTA atau MLTA.

Apa beza MRTT, MLTT, MRTA dengan MLTA?

Islamik:
MRTT : Mortgage Reducing Term Takaful
MLTT : Mortgage Level Term Takaful

Konvensional:
MRTA : Mortgage Reducing Term Assurance
MLTA : Mortgage Level Term Assurance

Untuk lebih faham tentang MRTT dan MLTT, boleh baca sini.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)