Tangguh PTPTN Sehingga Gaji Cecah RM4,000. Ini Cara Untuk Langsaikan Hutang PTPTN Secara 'Lump Sum'


Baru-baru ini Menteri Pendidikan mengumumkan untuk memberi penangguhan bayaran semula pinjaman pendidikan PTPTN sehingga peminjam mempunyai gaji RM4,000.

Terdapat individu yang menyokong dan ada juga yang tidak bersetuju.

Kami ingin kongsikan beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk bayar hutang PTPTN secara lump sum sementara nak tunggu gaji cecah RM4,000.

Jika lepasan universiti mula bekerja dengan gaji RM2,500 sebulan, dengan anggaran kenaikan gaji 10% setahun, mengambil masa sehingga 4  - 7  tahun untuk mencecah gaji RM4,000.
Ini bermakna anda mempunyai masa selama 4 hingga 7 tahun sebelum mula membayar hutang PTPTN.
#1 Pelaburan Hartanah

Cara pertama yang anda boleh lakukan adalah melalui pelaburan hartanah.

Cara pertama adalah dengan mendapatkan pendapatan pasif menyamai bayaran bulanan PTPTN anda. Contohnya, jika bayaran bulanan PTPTN adalah RM500 sebulan, anda memerlukan pendapatan pasif atau sewa dari rumah anda dengan kadar yang sama.

Jika satu rumah mampu memberi anda pendapatan pasif RM250 sebulan, anda hanya memerlukan 2 rumah sahaja untuk membayar hutang PTPTN anda.

Cara kedua adalah dengan membuat flipping rumah anda. Anda perlu tahu jumlah hutang tertunggak PTPTN anda.

Jika hutang PTPTN anda adalah sebanyak RM50,000, anda mempunyai masa yang cukup iaitu 4 -7 tahun untuk flip rumah.

BACA : Saya Nak Kahwin Tapi Terbeban Dengan Hutang PTPTN

#2 Pelaburan Unit Trust

Walaupun anda tidak perlu untuk bayar PTPTN jika gaji belum mencecah RM4,000 sebulan, anda boleh gunakan wang tersebut dengan pelaburan.

Salah satu pelaburan yang boleh dilakukan adalah melalui pelaburan unit trust. Anda boleh mulakan pelaburan unit trust anda dengan memilih skim melabur bulanan.

Anda bukan sahaja sudah mendisiplinkan diri anda malah membuat satu persediaan sebelum mula membayar hutang PTPTN anda.

Pelaburan unit trust biasanya sesuai untuk jangka masa 7 - 10 tahun. Ini cukup untuk membantu anda mendapat keuntungan dan menyelesaikan hutang PTPTN tersebut.


#3 Pembiayaan ASB

Salah satu cara lain yang anda boleh buat adalah dengan melalui pembiayaan ASB.

Di Malaysia, ASB merupakan salah satu pelaburan yang selamat serta memberi keuntungan yang memuaskan kerana dijamin kerajaan.

Sekali lagi, 5 - 7 tahun sudah cukup untuk anda membuat keuntungan melalui pembiayaan ASB ini.

#4 Tabung Haji

Jika anda kurang yakin dengan 3 cara diatas, anda boleh gunakan simpanan Tabung Haji sebagai satu simpanan persediaan membayar hutang PTPTN.

Jika anda buat simpanan RM200 sebulan @ RM2,400 setahun selama 7 tahun, anda sudah mempunyai anggaran simpanan sebanyak RM20,000 (kadar keuntungan 5%)

Simpanan tersebut juga boleh dijadikan sebagai bayaran sebahagian hutang PTPTN anda.

#5 KWSP

Akhir sekali, jika anda rasa menyimpan atau melabur adalah sangat susah, anda masih boleh berharap dengan akaun 2 KWSP anda.

Oleh itu, cuba sebaiknya tidak mengeluarkan akaun 2 KWSP anda kerana anda mahu menyelesaikan hutang PTPTN anda.

Selain dari 5 cara diatas, terdapat banyak lagi cara yang anda boleh cuba sendiri seperti menjalankan bisnes sendiri, simpanan pelaburan lain seperti saham, SSPN, simpanan emas dan lain-lain lagi.

BACA : Nama Anda Dihalang Keluar Negara Kerana PTPTN? Buat Cara Ini

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post