Nak Tahu Cara Simpanan Jadi Lebih Mudah Untuk Tahun 2018? Baca ini



Hari ini menyimpan, esok sudah keluar semula. Anda ada masalah macam ini?

Ramai rakyat Malaysia yang mempunyai masalah untuk menyimpan dengan consistent.

Jika menyimpan itu mudah, ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai masalah kewangan. Tapi, statistik yang dikeluarkan oleh BNM pula menunjukkan bahawa tidak ramai rakyat Malaysia yang mempunyai simpanan yang mencukupi.

Kami nak kongsikan tiga (3) cara untuk anda jadikan menyimpan lebih mudah pada tahun 2018 ini.

#1 Komuniti Kewangan

Zaman sekarang ilmu pengurusan kewangan lebih mudah untuk anda baca dan fahamkan. Termasuk juga ketika anda sedang baca website ini!

Salah satu sebab ramai yang sukar menyimpan adalah kerana mereka dikelilingi oleh individu yang memang tidak minat untuk menyimpan.

Jika anda menyertai komuniti kewangan atau mula berkenalan dengan rakan-rakan yang lebih meminati kewangan, anda lebih mudah untuk menyimpan.

Individu disekeliling anda akan mempengaruhi juga tahap kewangan anda.

#2 Ikut Trend Kewangan

Cara lama mungkin pernah berhasil tetapi anda masih perlu untuk faham cara menyimpan atau melabur yang sesuai dengan masa kini.

Kalau dulu untung 5% mungkin tinggi bagi kerana kadar inflasi masih lagi rendah. Tetapi hari ini anda perlu lebih bijak mengambil kira faktor lain.

Jika tidak, simpanan anda hanya akan merugikan sahaja.

Salah satu cara memudahkan anda menyimpan dan lebih menguntungkan adalah dengan mengetahui gaya simpanan yang sesuai dengan ekonomi hari ini.

Selain itu, anda perlu gunakan media sosial sebaiknya dan memberi manfaat kepada diri anda. Cari ilmu kewangan melalui media sosial juga lebih mudah.


#3 Berhenti Tambah Hutang

Lagi banyak hutang, lagi susah untuk anda buat simpanan.

Jadi, untuk tahun 2018 ini cuba kurangkan hutang yang tidak bermanfaat dan bagi peluang untuk tambah simpanan.

Tetapi, jika hutang yang anda ambil akan menyebabkan simpanan anda bertambah, itu tidak jadi masalah.

Contohnya, pembiayaan ASB atau pelaburan hartanah dengan pulangan positif.

Selain hutang, anda juga perlu hentikan segala aktiviti yang menyebabkan duit anda laju keluar dari poket. Anda perlu lebih berhati-hati ketika berbelanja terutama melalui online platform.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post