Adakah Sekarang Masa Terbaik Untuk Beli Kereta Selepas GST Diturunkan? Baca Analisis Ini


Selepas pengumuman GST diturunkan kepada 0%, banyak pengeluar kenderaan menurunkan harga kereta.

Baru-baru ini banyak iklan dan promosi dikeluarkan untuk menarik pembeli. Tetapi, adakah berbaloi untuk beli kereta sekarang?

Kami nak kongsikan beberapa faktor penting yang perlu anda tahu.

#1 Harga Sebenar Kereta Masih Sama

Ya, harga sebenar sebuah kereta masih sama dan tidak berubah. Cuma kali ini anda tidak perlu membayar cukai GST.

Anda akan merasa sedikit murah berbanding sebelum ini. Namun, dari segi keseluruhan, tidak banyak berubah.

Jadi, bukanlah terlalu penting untuk beli kereta jika tiada keperluan sekarang.

#2 Kadar Faedah/Keuntungan Pinjaman Bank Masih Sama

Jika anda beli kereta secara tunai, mungkin boleh rasa sedikit untung apabila kereta. Tetapi, jika melalui pinjaman pihak bank, kadar faedah atau keuntungan masih lagi sama.

Anda masih perlu membayar bulanan yang hampir sama.

Contohnya adalah kereta jenis Honda City 1.5S.

Harga termasuk GST : RM75,930.00
Bayaran bulanan (9 tahun) : RM956.16 (4%)


Harga tidak masuk GST : RM71,648.00 (tidak termasuk rebat atau promosi lain)
Bayaran bulanan (9 tahun) : RM902.23 (4%)

Jika dapat dilihat, perbezaan hanyalah anggaran RM50 sebulan. Maknanya, jika sebelum ini anda tidak layak untuk kereta ini, selepas GST juga anda mungkin tidak layak untuk kereta yang sama.
#3 Keperluan Atau Kehendak?

Berbalik kepada tujuan utama anda beli kereta, adakah sebagai satu keperluan atau kehendak.

Jika satu keperluan dan kewangan anda sudah bersedia, ini adalah masa terbaik.

Tetapi, jika bukan satu keperluan, anda mungkin perlu menilai semula berdasarkan faktor-faktor lain.

Jangan disebabkan oleh promosi yang terlalu banyak, anda tukar kereta baru tanpa melihat tahap kewangan anda dengan baik.

#4 Promosi Hari Raya

Memang menjadi satu trend apabila musim raya, banyak promosi dan rebat yang diberikan jika anda beli kereta.

Jika anda memang menunggu promosi hari raya ini, anda akan merasa keuntungan yang berganda termasuk dengan harga kereta tanpa cukai GST.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post