5 Janji Kerajaan Baru Yang Boleh Menyelamatkan Kewangan Peribadi Rakyat Malaysia


Ramai yang tidak sabar untuk melihat kerajaan baru untuk menunaikan janji Manifesto yang telah dilancarkan sebelum Pilihan Raya.

Sebagai rakyat marhaen, pasti ternanti-nanti manifesto yang dapat mengurangkan beban kos sara hidup sebelum ini.

Kami huraikan lima (5) manifesto yang boleh membantu dan menyelamatkan kewangan peribadi rakyat Malaysia.

#1 Gaji Minimum RM1,500

Gaji minimum RM1,500 akan memberi impak yang sangat tinggi kepada tahap kewangan rakyat Malaysia.

Keadaan hari ini, ramai graduan Diploma dan juga Ijazah yang mempunyai gaji bawah RM2,000 sebulan.

Jika gaji lepasan SPM boleh mencecah RM1,500 sebulan, gaji graduan diploma dan Ijazah pula akan lebih tinggi dari itu.

Bagi majikan pula, mungkin akan rasa sedikit tertekan apabila terpaksa membayar gaji yang lebih tinggi dan meningkatkan kos perbelanjaan syarikat.

Dari sudut berbeza pula, dengan gaji yang tinggi, purchasing power bagi rakyat Malaysia juga akan meningkat dan menguntungkan syarikat serta kelancaran ekonomi.

#2 Skim Peduli Sihat

Bagi yang bekerja, majikan anda mungkin telah menyediakan manfaat kad perubatan di hospital dan klinik.

Manakala yang berkemampuan pula, mereka mempunyai kad perubatan sendiri.

Bagi yang kurang berkemampuan pula atau gaji kurang dari RM3,000, kerajaan telah memperkenalkan Skim Peduli Sihat.

Skim ini akan membantu anda jika perlu datang ke klinik dan hospital terpilih. Skim ini juga akan membantu ramai golongan tua yang mempunyai masalah penyakit dan sukar mendapatkan bantuan kewangan.

Skim ini telah diperkenalkan pertama kali oleh Negeri Selangor dan telah memberi manfaat kepada ramai rakyat Selangor.

#3 Hapuskan Tol

Ini adalah perkara yang dinanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia. Jika sebelum ini ramai yang mula tertekan apabila kadar harga tol dinaikkan, kini tidak lagi.

Dengan janji untuk menghapuskan tol yang ada, rakyat Malaysia dapat berjimat dengan banyak terutama individu yang sering menggunakan lebuh raya hampir setiap hari.

Jika kadar tol sehari adalah RM10, sebulan dapat jimat antara RM250 ke RM300.

Kos sara hidup dapa dikurangkan dengan penghapusan tol ini. Kali ini juga, lebih ramai lagi individu yang kerap untuk pulang ke kampung halaman tanpa perlu memikirkan bayaran tol sepanjang lebuhraya.
#4 Pendidikan Percuma / Tangguh Bayaran PTPTN

Salah satu kos yang tinggi dalam hidup adalah kos pendidikan.

Keadaan hari ini, ramai individu yang terpaksa membuat pinjaman untuk mendapatkan pendidikan diperingkat universiti.

Namun, dengan pendidikan percuma, bukan sahaja dapat mengurangkan kos pelajar itu sendiri malah mengurangkan beban ibu bapa.

Selain dari itu, peminjam PTPTN yang bergaji kurang dari RM4,000 sebulan, mereka diberi penangguhan untuk membuat bayaran sehingga mencecah RM4,000 sebulan.

Ini dapat membantu lepasan graduan yang baru sahaja mendapat kerja dan memulakan hidup baru dalam dunia pekerjaan.

#5 Hapuskan GST

Akhir sekali, semua sedia maklum harga barang telah banyak meningkat selepas memperkenalkan GST di Malaysia.

Walaupun GST memberi pendapatan yang tinggi kepada negara, tetapi pengurusan yang lemah menyebabkan pendapatan tersebut tidak membantu ekonomi di Malaysia.

Jika sebelum ini ramai peniaga yang menaikkan harga barang disebabkan oleh GST, kini adakah mereka akan menurunkan harga barang semula selepas GST tiada?

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post