Kenapa Wanita Lebih Berminat Kahwin Dengan Lelaki Gaji RM5,000


Kaji selidik yang dijalanakn menunjukkan hampir 70% wanita tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang bergaji RM5,000 ke bawah.

Kaji selidik tersebut dijalankan oleh Sweet Ring dengan 500 responden wanita terlibat. Walaupun hanya 500 orang sahaja, tetapi cukup menjelaskan situasi yang berlaku ketika ini.

Kami juga mahu tambah beberapa isi penting kenapa wanita mahu lelaki yang bergaji RM5,000 ke atas.

#1 Kewangan Yang Stabil

Sebelum ini, Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan satu statistik gaji yang diperlukan oleh sepasang suami isteri tanpa anak adalah RM4,500 untuk hidup selesa di Kuala Lumpur. Baca sini.

Dengan kos sara hidup yang semakin lama semakin meningkat, gaji yang stabil sangat penting untuk memastikan dapur sentiasa berasap.

#2 Masalah Perceraian, Masalah Kewangan

Selain masalah kos sara hidup, masalah kewangan juga menjadi salah satu sebab utama masalah perceraian di Malaysia meningkat.

Sebab itu ramai wanita yang sangat mementingkan kestabilan kewangan sebelum berani berumah tangga.

#3 Waris Lebih Terjamin

Wanita juga selalunya akan risau tentang kehidupan dan nasib anak-anak terutama bab kehidupan dan pendidikan mereka.

Dengan gaji yang stabil, kehidupan anak-anak juga lebih terjamin.


#4 Tiada Masalah Buat Pelaburan Dan Perlindungan

Biasanya, gaji tinggi lebih mudah untuk membuat pelaburan dan mendapatkan pelan perlindungan kepada keluarga.

Isteri akan rasa lebih terjamin.

#5 Boleh Berhenti Kerja Dan Fokus Keluarga

Menjadi impian setiap wanita untuk menjaga dan melihat pembesaran anak mereka sendiri di rumah. Jika suami mempunyai pendapatan yang mencukupi, isteri boleh menjaga anak di rumah serta menguruskan hal rumah.

Namun, gaji yang tinggi juga tidak menjanjikan kewangan seseorang adalah lebih baik. Ini tidak bermakna gaji rendah tidak boleh berjaya dan mendapatkan kenaikan gaji yang tinggi.

Lelaki yang bekerja kuat sebenarnya lebih penting.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)