5 Golongan Yang Wajib Ambil Pelan Perlindungan Sehingga RM1,000,000


Sudah ramai yang sedar tentang kepentingan takaful atau pelan perlindungan hayat pada hari ini.

Setiap orang mungkin memerlukan pelan perlindungan yang berbeza jumlahnya. Ada yang memerlukan satu jumlah yang tinggi dan ada juga yang memerlukan satu jumlah yang rendah.

Kami nak kongsikan beberapa golongan yang wajib untuk ambil pelan perlindungan yang tinggi sehingga RM1,000,000.00

#1 Ahli Perniagaan

Ahli perniagaan atau seorang usahawan antara golongan yang perlu mengambil pelan perlindungan yang tinggi nilainya.

Dalam perniagaan, turun dan naik adalah sesuatu yang biasa. Antara kepentingan pelan perlindungan yang tinggi kepada usahawan dan ahli perniagaan adalah seperti berikut:

  1. Perniagaan akan berjalan lancar walaupun keyman mempunyai masalah kesihatan
  2. Hutang perniagaan akan dilindungi
  3. Pelabur kepada syarikat lebih yakin dengan perlindungan yang diberikan kepada keyman dan syarikat sendiri
  4. Penggantiaan pendapatan kepada usahawan dan mengekalkan gaya hidup keluarga
Semakin besar nilai perniagaan yang dijalankan, semakin besar jumlah pelan perlindungan yang perlu diambil.

#2 Pelabur Hartanah

Ramai pelabur hartanah beranggapan bahawa dengan mengambil pelan MRTT dengan pihak bank sudah mencukupi untuk melindungi aset mereka.

Namun, satu perkara yang pelabur hartanah perlu tahu adalah proses pencairan aset tersebut atau proses menukar hak milik pada masa akan datang.

Pelan perlindungan yang menggunakan konsep hibah akan membantu dalam merancang harta pusaka lebih baik.

Contohnya, jika seseorang itu mempunyai 10 rumah pelaburan dan ingin mewariskan kepada anak serta isteri, mereka perlu melalui proses faraid terlebih dahulu untuk kesemua 10 rumah tersebut.

#3 Hutang Yang Banyak Dan Tidak Berinsuran 

Semua orang tahu bahawa hutang itu wajib dibayar.

Salah satu fungsi pelan perlindungan adalah membantu menyelesaikan hutang anda jika berlaku kematian.

Antara hutang yang selalunya tidak berinsuran adalah seperti hutang kereta, hutang perniagaan dan hutang peribadi dengan rakan.

Semakin banyak hutang yang ditinggalkan, semakin tinggi jumlah pelan perlindungan yang perlu diambil.
#4 Breadwinner Dalam Keluarga Yang Besar

Jika anda bukan dari golongan diatas, anda juga masih memerlukan pelan perlindungan dengan satu jumlah yang besar jika anda merupakan orang yang bertanggungjawab menjaga keluarga ada.

Antara fungsi utama pelan perlindungan kepada seorang breadwinner adalah seperti berikut:

  1. Perbelanjaan harian isteri sehingga 10 tahun
  2. Perbelanjaan harian anak-anak sehingga berumur 18 tahun
  3. Perbelanjaan harian ibu bapa
  4. Kos pendidikan anak-anak di semua peringkat pendidikan
  5. Semua hutang yang tidak berinsuran
Jika semua kos diatas diambil kira, jumlah pelan perlindungan yang perlu diambil biasanya adalah tinggi terutama apabila mempunyai anak yang ramai.


#5 Simpanan Tunai Yang Banyak

Ramai individu berjaya dan kaya raya menyimpan duit mereka di akaun bank.

Jika anda merancang untuk membahagikan duit tersebut kepada anak-anak, pelan perlindungan adalah satu alternatif yang terbaik.

Anda boleh membuat satu aset mudah cair RM1,000,000 bernilai lebih rendah dari jumlah tersebut.

Contohnya, dengan sumbangan RM100,000 anda boleh dapatkan satu akaun bernilai RM1,000,000 dan dibahagikan kepada anak-anak. Melalui akaun ini, pembahagian harta tersebut lebih cepat tanpa proses yang banyak.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)