Gaji Tinggi Tapi Hidup Tak Happy : Ini Cara Kira 'Nilai' Sebenar Gaji Anda Sama Ada Berbaloi Atau Tidak


Gaji tinggi tapi tak cukup masa bersama keluarga dan hidup penuh dengan stress. Atau, gaji rendah tetapi cukup sama bersama keluarga dan sentiasa bahagia.

Golongan Gen Y pada hari ini lebih bijak memilih kerjaya yang tidak mengorbankan kehidupan bersama keluarga.

Trend ini sudah dimulakan diluar negara apabila rakyat mereka kebanyakan lebih menghargai  hidup berbanding fokus kepada kerja semata-mata.

Anda pula bagaimana? Adakah kerjaya anda sekarang 'berbaloi'?

Kami akan kongsikan cara untuk anda tahu sama ada kerjaya anda sekarang 'berbaloi' atau tidak.

#1 Gaji Per Jam

Cara pertama untuk menilai kerjaya dan gaji anda adalah dengan mengira 'gaji per jam'.

Jika gaji anda adalah RM3,000 sebulan dan bekerja setiap hari Isnin hingga Jumaat (8 jam sehari tidak termasuk waktu rehat):

1 minggu : 40 jam
1 bulan : 160 jam

RM3,000/160 jam = RM18.75/jam

Bagaimana pula jika gaji yang sama tetapi kerja lebih masa.

1 minggu : 60 jam
1 bulan : 240 jam

RM3,000/240jam = RM12.50/jam

Adakah berbaloi dengan kerja yang anda lakukan sekarang? Cuba bandingkan pula dengan kerja di restoran fastfood iaitu antara RM5 - RM7/jam.

#2 Peratus Kerja Dalam 24 Jam

Cara kedua adalah dengan mengira jumlah peratus masa yang anda habiskan dalam masa sehari.

Contoh peratus untuk sehari:

42% Kerja : 8 jam (pejabat) + 2 jam (pergi/balik kerja) = 10 jam
25% Tidur : 6 jam
33% Peribadi : 8 jam

Kebanyakan orang biasa menghabiskan masa satu hari seperti jadual diatas dan ini menunjukkan yang waktu harian banyak dihabiskan kepada kerja.

Tidak kira lagi individu yang bekerja melebihi 8 jam sehari.

Peratus terbaik adalah apabila waktu kerja tidak melebihi waktu peribadi (secara bulanan).

#3 Kos Bekerja Lebih Tinggi

Ada individu yang bergaji rendah tetapi perbelanjaan semua cukup kerana kos melakukan kerja seperti kenderaan, tol, belanja di pejabat, parking dan lain-lain adalah rendah.

Ada juga individu yang bergaji tinggi tetapi kos melakukan kerja juga tinggi menyebabkan duit belanja 'bersih' menjadi lebih rendah.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post