Dah Mohon BR1M Tapi Tak Lepas? Cuba 5 Cara Ini Untuk Dapatkan RM450 Pengganti BR1M


Mungkin ada yang kecewa kerana permohonan BR1M tidak diluluskan atas faktor gaji yang melebihi syarat.

Tapi, anda juga boleh dapatkan jumlah yang sama iaitu RM450 dengan hanya melakukan beberapa cara mudah.

Kami kongsikan 10 cara mudah untuk anda dapatkan RM450 sebagai pengganti BR1M.

#1 Jual Barang Tidak Guna

Cara paling senang untuk dapat duit adalah dengan menjual barang-barang lama anda yang tidak digunakan lagi. Anda boleh jual di website seperti mudah.my, carousell dan lain-lain lagi. Malah, anda juga boleh jual terus di Facebook.

Kalau anda memang tak ada barang lama yang tidak digunakan, anda boleh tanya kawan-kawan anda. Anda hanya perlu jualkan semua barang dan berkongsi hasil jualan dengan kawan anda.

Nak dapatkan RM450 dengan hanya menjual barang-barang lama sangat-sangat mudah.

#2 Uber/Grab

Mungkin ramai yang dah tahu cara ini.

Inilah cara paling senang untuk anda buat duit pada hujung minggu. Setakat nak dapatkan RM450, anda hanya perlu bekerja seminggu sahaja.

Gunakan sebaiknya kereta yang anda miliki dengan menambah pendapatan.

#3 Dropship Online Tanpa Modal

Kalau anda malas nak keluar modal, anda hanya perlu menjadi program dropship atau affiliate di online.

Tak perlu keluar modal, tak perlu pegang barang dan tak perlu menghantar barang ke pelanggan.

Anda hanya perlu mengiklankan sahaja iklan yang ingin dijual.

Jika satu barang atau produk boleh beri anda keuntungan RM50, anda hanya perlu menjual 9 barang sahaja.
#4 Ejen komisyen

Anda tidak perlu menjadi ejen untuk menjual servis atau produk seperti hartanah, takaful, unit trust atau lain-lain.

Anda hanya perlu membantu rakan-rakan ejen anda dan dapatkan referal fee atau komisyen dari mereka.

Keuntungan paling tinggi adalah dengan industri hartanah apabila anda berjaya membantu menjual atau mendapatkan pembeli.

#5 Kerja di Fastfood

Cara paling oldschool adalah dengan bekerja sambilan di mana-mana restoran fastfood.

Dengan gaji RM6/jam, anda hanya perlu bekerja pada hujung minggu selama satu bulan sahaja.
Anda tidak perlu risau dengan makan tengahari kerana semuanya telah disediakan.

Anda ada cara lain lagi yang menarik? kongsikan dengan kami.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)