Ada Ijazah Tapi Gaji RM1,800 Je. Ini Yang Saya Lakukan Untuk Tambah Lagi Gaji Saya


Sekarang ni kalau dapat kerja pun dah bersyukur sangat. Tak boleh nak memilih sangat lagi-lagi nak demand gaji tinggi.

Ramai lagi kawan-kawan saya yg lepas grad tapi masih tak dapat kerja.

Sy nak share pengalaman sy sendiri yg bermula gaji RM1,800 walaupun dengan sijil degree.

Nak hidup dengan gaji RM1,800 dekat KL ni mmg tak cukup sebenarnya. So, memang kena tambah lagi gaji.

#1 Part time tambah pendapatan
Pertama sekali, memang sy cari jalan macam mana nak tambah pendapatan secara part time.

Antara yg saya survey adalah dengan menjual produk-produk kewangan macam unit trust, asbf, takaful, prs dan macam-macam lagi.

Sebab produk kewangan ni macam jadi satu keperluan orang ramai untuk ambil.

Satu lagi, saya minat dengan produk kewangan ni sebab ‘kerjaya’ yang diorg boleh offer. Maksudnya, takdelah sampai bila-bila nak makan gaji. So, mmg ada plan juga untuk berhenti kerja one day.

Mula-mula start memang struggle sebab pagi sampai petang kat office, malam pula sibuk jumpa orang yang nak ambil produk kewangan dengan pelaburan ni.

#2 Satu (1) produk dahulu
Macam mana nak mula? Saya lebih suka untuk fokus dengan 1 produk dulu iaitu unit trust.

Unit trust ni simple dan mudah faham. So nak explain kat orang pun confident takde tersalah info. Saya fokus satu produk ni dulu sampai saya rasa mahir dan tahu macam mana nak jual.

Lagipun bila part time ni, nak jual banyak sangat produk memang leceh. Takut nanti terganggu masa kerja hakiki tu.

Tapi, bila ada client yang tanya pasal produk lain, saya pass je dekat kawan-kawan saya yang memang jual produk tu. Dapat juga komisyen :D

Yang paling best, agency saya sekarang, Charisma Legacy memang sangat2 support dari segi training dan motivation.

#3 Konsisten dan belajar
Ni sebenarnya step paling penting. Kena konsisten jumpa orang dan bagi kesedaran tentang produk kewangan dan pelaburan.

Lagi best, orang zaman sekarang lagi2 anak muda memang dah ada kesedaran sendiri. Diorg sendiri yg cari kita sebab nak melabur.

Kalau dulu, mmg susah sikit kena explain macam2 dan diorg sendiri pun tak percaya pelaburan ni sebab maybe ada pengalaman kena tipu dengan skim cepat kaya.

Lagi satu, cara paling senang nak berkembang buat bisnes ni adalah belajar dari orang lain. Jangan malu nak tanya.
Korang akan rasa lagi semangat kalau setiap kerja korang dihargai.

#4 Gaji part time dah lebih gaji full time, RESIGN
Lepas 2 tahun buat part time, saya dah boleh resign senang hati sebab gaji part time pun dah lebih dari gaji kerja full time masa tu.

Bila dah full time, baru boleh tambah lagi produk-produk lain macam ASBf, PRS dan lain-lain. Client pun lagi confident dengan kita sebab kita dah full time sekarang.

Masa mula-mula gaji Rm1,800 tu sebenarnya bukan satu masalah besar. Gaji rendah tu hanya satu permulaan je.

Cuma kita kena pandai ambil peluang nak tambah pendapatan dan tukar kerjaya atau bisnes yg kita minat.

Saya nak share sikit kisah benar dan testimony rakan saya yang sama-sama berjaya dalam group saya, Charisma Legacy.
“Tahniah Hafiz Kadir di atas kenaikan pangkat sebagai Agency Supervisor di CWA.
Saya mengetahui tentang CWA semasa saya hendak apply ASB Financing. Ketika itu saya mula mengetahui serba sedikit tentang skop kerja consultant CWA. Antaranya ialah boleh membuat sale Unit Trust dan ASB Financing. 
Saya mula diperkenalkan oleh seorang leader dalam CWA setelah menyatakan hasrat untuk join CWA. Saya agak anti dengan unit trust dan hanya berhasrat untuk membuat sale ASB Financing sahaja. Ketika itu saya kurang mendapat didikan dan moral support dari Agensi/Team saya. 
Saya lebih bertindak “lone renjer” ketika itu. Tambahan pula selepas itu, leader-leader saya mula menukar haluan dengan bergerak ke UTMC lain. Namun keadaan ini berubah 360’ setelah saya mendapat panggilan dari GAM hebat Arma Wahab.
Saya masih ingat saat itu. Beliau mengajak saya untuk join group beliau setelah mengatakan dalam sistem CWA, GAM saya sekarang ialah beliau. Ketika itu saya mula merasakan sinar harapan saya dalam CWA kerana dapat merasakan moral support dan aura dari beliau sangat kuat. 
Dalam training mahupun dalam group telegram, beliau sentiasa bertanya khabar dan memberi motivasi kepada saya dan consultant lain. Banyak ilmu yang dicurahkan serta testimoni hasil pulangan yang hebat dari pelbagai client telah menukar pandangan saya terhadap Unit Trust. Kerana beliau, saya mula tidak anti lagi dengan unit trust dan faham banyak perkara berkaitan unit trust. 
Pelbagai cabaran dan dugaan dilalui ketika bersama CWA. Atas nasihat dan tunjuk ajar yang tidak mengenal erti jemu dari GAM Arma Wahab, saya telah beberapa kali telah tersenarai dalam majalah The Face. Salah satu pendorong kejayaan saya tentulah dari GAM Arma Wahab. 
Saya sayang Charisma Legacy KB kerana istimewanya leader-leader yang sentiasa berkongsi ilmu membuatkan saya terus berusaha untuk Berjaya. Di sini saya dikelilingi oleh kawan-kawan yang berpositif dan berjiwa besar untuk sama-sama BERJAYA ! 
I WANT TO BE SUCCESSFUL
I WANT TO INSPIRE PEOPLE
I WANT TO LEAD A MORE POSITIVE LIFE 
Terima kasih kepada GAM Arma Wahab dan leader-leader lain yang banyak membantu saya untuk berjaya dalam industri ini.”

ni antara leader yang berjaya dalam group dan agensi kitorg. Ramai tak?


Kalau korang berminat nak join, boleh pergi dekat page Charisma Legacy call je nombor ni 0148467895 (Asma) untuk daftar sebagai consultant.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post