5 Ciri Lelaki Yang 'Mungkin' Akan Gagal Mengurus Kewangan Dengan Baik


Statistik menunjukkan kebanyakan individu yang muflis adalah disebabkan oleh pinjaman kenderaan dan pinjaman peribadi.

Punca utama adalah kurangkan ilmu untuk mengurus kewangan dengan baik.

Kami nak kongsi ciri-ciri seorang lelaki itu mungkin akan gagal mengurus kewangan dengan baik.

#1 Suka Meminjam

Tabiat suka meminjam wang dari orang lain menunjukkan seseorang itu mempunyai masalah kewangan.

Kadang-kadang hampir setiap hujung bulan terpaksa meminjam duit dari kawan terutama sebelum gaji masuk.

Bila tiada lagi kawan untuk meminjam, terpaksa pula menggunakan pinjaman peribadi dan kad kredit.

Tetapi jika meminjam atas sebab kecemasan tidak termasuk dalam kategori ini.

#2 Gagal Bayar Ansuran on time

Tanda-tanda awal masalah kewangan bakal berlaku adalah apabila gagal membayar ansuran seperti kereta atau rumah tepat pada masanya.

Kelewatan membayar ansuran biasanya adalah disebabkan terpaksa menunggu gaji masuk dahulu. Ini menunjukkan individu tersebut tiada wang kecemasan yang boleh digunakan.

Lewat membayar ansuran bank terlalu lama akan menyebabkan rekod kewangan anda di CCRIS akan menjadi buruk dan tidak disukai oleh pihak bank.

#3 Kerajaan Kan Ada!

Ramai yang mengharap untuk mendapat manfaat dari kerajaan untuk meneruskan hidup.

Antaranya seperti mengharapkan bantuan kewangan seperti BR1M, mengharapkan bantuan rumah yang murah, mengharapkan bantuan kesihatan dan lain-lain.

Individu yang boleh mengurus kewangan dengan baik biasanya tidak terlalu mengharap kepada bantuan dari kerajaan kerana semua boleh didapati dengan usaha sendiri.

Contoh paling mudah adalah dengan mengharapkan hospital kerajaan akan menanggung semua kos perubatan. Ramai yang tidak tahu terdapat beberapa kos yang tidak ditanggung oleh hospital kerajaan dan pesakit perlu mengeluarkan duit sendiri.
#4 Tak Suka Tambah Ilmu

Kegagalan dalam pengurusan kewangan boleh berlaku apabila seseorang mula berhenti belajar tentang kewangan.

Ilmu kewangan dan pelaburan sentiasa berubah mengikut peredaran masa.

Contohnya, pelaburan hartanah dahulu dan sekarang adalah berbeza dari segi keuntungan, modal, undang-undang dan lain-lain.

Selain itu, pelan perlindungan juga sudah berbeza kerana sekarang kos perubatan dan sara hidup semakin meningkat.

#5 Simpanan Tak Penting

Golongan muda hari ini kebanyakannya lebih suka untuk melabur untuk mendapatkan keuntungan tanpa membuat sebarang simpanan.

Lebih-lebih lagi simpanan kecemasan yang hanya perlu 3 atau 6 bulan gaji semasa.

Simpanan kecemasan ini sangat penting terutama jika ada masalah kesihatan, dibuang kerja dan lain-lain lagi.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post