4 Sebab Wanita Perlu Beli Rumah Sendiri Sebelum Berumah Tangga


Ramai wanita yang menyangka bahawa mereka sebenarnya tidak perlu memiliki rumah sendiri kerana suami atau bakal suami akan menyediakan semuanya.

Namun, dengan keadaan sekarang dimana wanita sendiri bekerja, mereka seharusnya memiliki rumah sendiri sama ada untuk pelaburan atau tinggal.

Berikut adalah empat (4) sebab kenapa wanita perlu memiliki rumah sendiri sebelum berkahwin.

#1 Persediaan Waktu Tak Terduga

Tidak semua perkahwinan berkekalan sehingga selama-lamanya.

Jika berlaku perceraian, wanita yang tidak bekerja atau mempunyai aset akan mengalami masalah untuk meneruskan kehidupan yang baru.

Kita sering dengar baru-baru ini apabila suami menceraikan isteri tanpa meninggalkan rumah dan kereta.

Oleh sebab itu, wanita yang sudah memiliki rumah sendiri sebelum berkahwin sebenarnya sudah mempersiapkan diri mereka dari segala masalah perkahwinan.

#2 Masalah Kewangan Selepas Berkahwin

Kehidupan sebelum berkahwin dan selepas berkahwin sangat berbeza.

Mungkin ketika sebelum berkahwin, anda mampu mengurus kewangan dengan baik. Tetapi, kehidupan selepas berkahwin mungkin akan menyebabkan kewangan anda tidak berada pada tahap yang baik.

Kes seperti ini banyak berlaku kerana kehidupan selepas berkahwin melibatkan pengurusan kewangan dengan banyak pihak seperti keluarga sendiri.

Jika anda sudah mempunyai rumah sendiri, sekurang-kurangnya anda boleh jual rumah tersebut atau refinance untuk membantu masalah kewangan anda selepas berkahwin.
#3 Pendapatan Tambahan Jika Pelaburan

Tidak semua isteri dijodohkan dengan suami yang 'berduit' dan boleh berbelanja tanpa had.

Namun, anda sebagai isteri boleh jadikan rumah sebagai pelaburan untuk mendapatkan pendapatan tambahan setiap bulan.

Pendapatan tersebut boleh dijadikan duit belanja anda untuk barang-barang kehendak anda.

#4 Bukan Harta Sepencarian

Bila berlaku perceraian, harta yang anda beli sebelum berkahwin tidak boleh dituntut oleh bekas suami.

Tetapi, jika harta yang dibeli selepas berkahwin, bekas suami boleh menuntut sebagai harta sepencarian.

Oleh itu, bagi melidungi hak anda, sebaiknya anda beli rumah sebelum berkahwin untuk memastikan diri anda mempunyai aset jika berlaku perceraian.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post