Patut Ke Korang Bagitahu Gaji Dekat Kawan Tempat Kerja?

Image result for co worker salary

Pernah tak korang tanya kawan sekerja berapa gaji diorang? Agak-agak diorang nak jawab ke?

Berkongsi jumlah gaji yang diterima adalah sesuatu yang sangat sensitif. Ada sesetengah orang memang tidak akan bercerita langsung gaji yang diterima dekat kawan sekerja.

Berikut adalah kesan-kesan jika anda bagitahu rakan sekerja berapa gaji yang anda terima sebulan.

#1 Rasa Tidak Puas Hati

Kesan pertama yang akan berlaku jika anda berkongsi jumlah gaji dengan rakan sekerja adalah rasa tidak puas hati apabila gaji yang diterima tidak sama atau tidak sepadan.

Contohnya, pekerja yang baru masuk mempunyai gaji yang sama dengan pekerja yang sudah lebih berpengalaman. Walaupun gaji sama, tetapi pengalaman yang berbeza menyebabkan rasa tidak puas hati antara pekerja.

Jika jarak perbezaan gaji terlalu jauh, pekerja yang bergaji rendah akan rasa kurang motivasi.

#2 Merosakkan Keharmonian Dalam Syarikat

Selain itu, apabila berlakunya rasa tidak puas hati, keharmonian dalam syarikat akan terganggu.

Pekerja yang merasakan dirinya mendapat gaji yang rendah mungkin menjadi lebih tidak bersemangat untuk bekerja.

#3 Dapat Mengetahui Sama Ada Gaji Rendah Atau Tinggi

Salah satu kesan baik adalah korang boleh tahu sama ada gaji yang diterima sekarang rendah atau tinggi.

Jika tinggi, anda mungkin akan rasa sangat bersyukur. Tetapi, jika rendah, korang boleh cuba buat dua (2) perkara kat bawah ni:

1. Tingkatkan kualiti kerja dan demand gaji yang lebih tinggi
2. Jika tidak dapat, cari kerja lain yang boleh tawarkan gaji yang sesuai

Jadi, kalau korang rasa berani nak bagitahu berapa gaji dekat kawan-kawan, tiada masalah. Jangan sampai nanti terus rasa takde semangat nak kerja.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post