
Ibu bapa merupakan individu yang paling rapat dengan anak-anak dan juga individu yang bertanggungjawab mencorak sikap anak-anak.
Jika mendapat didikan yang betul, anak-anak akan menjadi insan yang baik. Begitu juga sebaliknya.
Kami nak kongsikan empat (4) sifat ibu bapa yang menjadi punca anak-anak zaman sekarang tidak mempunyai ciri-ciri financial survival.

#1 Semuanya Disediakan
Perkara pertama yang membuat anak-anak zaman sekarang 'spoil' atau tidak mempunyai financial survival adalah sikap ibu bapa yang menyediakan semua kemudahan kepada anak-anak dengan mudah.
Maksudnya, setiap kemahuan anak-anak ditunaikan tanpa membuat sebarang penilaian.
Anak-anak akan lebih suka untuk meminta daripada mencari sendiri. Kesannya, ramai yang tidak pandai mengurus duit dengan betul walaupun sudah bekerja dan mempunyai pendapatan yang stabil.
#2 Pilih Jalan Yang Betul Sahaja
Sikap ibu bapa yang mahu anak-anak sentiasa mendapat kejayaan juga akan memakan diri sendiri. Anak-anak juga perlu belajar dan tidak takut untuk membuat kesilapan.
Belajar dari kesilapan juga akan memberi keyakinan yang tinggi kepada anak-anak terutama dalam pengurusan kewangan.
Kadang-kadang anak-anak perlu membazir wang yang ada untuk tahu betapa pentingnya wang ketika dalam keadaan yang memerlukan.
#3 Tiada imaginasi masa hadapan
Zaman sekarang masih ramai yang tidak tahu kenapa mereka perlu bekerja.
Ada yang bekerja semata-mata untuk mendapatkan gaji dan kemudiannya membelanjakannya semula sehingga habis. Bulan berikutnya akan lakukan perkara yang sama.
Ibu bapa perlu memberi gambaran tentang keadaan masa hadapan supaya anak-ana lebih bersedia.
#4 Tidak Berkongsi Pengalaman
Ibu bapa yang mempunyai kerjaya sendiri hari ini terlalu sibuk untuk bercakap dengan anak-anak tentang pengalaman mereka sendiri.
Pengalaman ibu bapa biasanya akan memberi kesan yang sangat mendalam kepada anak-anak. Sebab itu ramai anak-anak yang berjaya kerana mereka faham tentang pengalaman yang dikongsi oleh ibu bapa mereka.
Sebagai ibu bapa, anda bukan sahaja perlu merancang keperluan kewangan kepada anak-anak tetapi anda juga perlu sediakan ilmu kewangan dan mindset yang betul kepada mereka.