“Buat ASBf RM1,000 Boleh Tapi Nak Ambil Takaful RM150 Sebulan Tak Mampu” Hati-Hati

Image result for which one

Masalah tidak tahu mengurus kewangan dengan baik punca ramai yang terburu-buru untuk sign up dengan produk pelaburan.

Antara yang biasa kami dengar adalah apabila ada anak muda yang buat pembiayaan ASB dengan bulanan RM1,000 tetapi masih lagi tiada pelan perlindungan atau takaful.

Tak salah untuk melabur. Tapi, kena tahu untuk susun kewangan mengikut yang mana lebih penting.

Kenapa perlu susun kewangan mengikut keperluan dahulu?
Untuk jangka masa panjang yang stabil

Ramai yang terlalu suka membuat pelaburan sebab nak dapatkan keuntungan dari pelaburan.

Tetapi, perlu diingat bahawa kebanyakan pelaburan adalah untuk jangka masa panjang. Ini bermakna, kita perlu memastikan kita dalam keadaan yang baik untuk mencapai matlamat pelaburan.

Sebab itu, simpanan kecemasan dan pelan perlindungan sangat penting bagi memastikan semua pelaburan jangka masa panjang lebih stabil.

Untuk mengatasi perkara yang tidak tertuga

Dalam hidup, tak semua perkara yang indah je kita akan jumpa. Ada juga perkara yang kurang baik akan terjadi.

Sebab itu, persiapan kena buat hadapi semua perkara yang tak terduga.

Sekali lagi, simpanan dan perlindungan penting untuk dijadikan sebagai satu alat mengatasi segala masalah tak terduga.

Akhir sekali, pastikan setiap pelan atau produk kewangan yang korang ambil adalah sesuai mengikut kewangan korang. Jangan sampai terlalu inginkan keuntungan tetapi lupa untuk mengelak kerugian.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post