Pelaburan Unit Trust VS Takaful : Mana Satu Yang Lagi Penting?

Image result for which one

Pelaburan unit trust dan takaful adalah dua instrument yang berbeza dan mempunyai fungsi yang berbeza.

Tetapi, antara dua instrument ni, mana yang lagi penting dan perlu buat dulu? Jawapannya adalah Takaful.

Takaful atau pelan perlindungan adalah lebih penting dan perlu diutamakan dahulu. Kami kongsikan sebab-sebabnya dibawah.

#1 Pelindung Pelaburan

Pertama sekali, takaful sendiri juga akan bertindak sebagai pelindung kepada semua pelaburan anda. 

Setiap pelaburan yang kita buat mestilah ada perlindungan bagi memastikan kita boleh capai matlamat pelaburan tersebut.

#2 Biar Tak Untung, Dari Rugi

Lebih baik tak dapat untung apa-apa dari rugi banyak. Betul?

Konsep yang sama dalam kes seperti ini. Korang buat pelaburan untuk dapatkan keuntungan tapi lupa untuk letak pelan perlindungan supaya tak rugi.

Contohnya macam ni, korang buat pelaburan unit trust setiap bulan RM300 untuk tempoh 20 tahun. Pada tahun ketiga, korang nak guna duit untuk kos perbelanjaan hospital. So, terpaksa bawa keluar semua duit dalam unit trust untuk tampung kos tersebut.

Kalau duit dalam pelaburan unit trust dibawa keluar terlalu awal, biasanya korang terpaksa menanggung kerugian.

#3 Tahap Sihat Kewangan Peribadi

Salah satu cara untuk menilai tahap kewangan peribadi adalah melalui instrumen kewangan yang kita miliki. Kalau kita mampu untuk mengambil pelan perlindungan dan melabur dalam unit trust setiap bulan, itu menandakan kewangan peribadi kita dalam keadaan baik.

Tetapi, dari segi priority dan terpaksa membuat pilihan, jika korang ada buat pelaburan unit trust RM200 setiap bulan tapi tiada pelan perlindungan, itu menandakan kewangan peribadi tidak sihat.

Sebab itu korang kena buat pilihan betul-betul. Jangan terlalu mengikut perasaan sebab nak melabur dan dapat untung tetapi lupa untuk ambil pelan perlindungan.

Susun pengurusan kewangan korang betul-betul.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)