Nak Main Saham Tapi Takut Rugi. Ini 4 Asas Sebelum Mula Melabur Dalam Saham

Image result for share price

Selalu tengok kawan-kawan main saham untung banyak? Jangan taksub sangat sebab saham adalah satu pelaburan yang sangat-sangat high risk.

Senang nak untung, senang nak rugi.

Kalau korang betul-betul berminat nak mula melabur dalam saham, apa kata korang follow 4 nasihat dekat bawah ni.

#1 Modal Sanggup Rugi

Pertama sekali kalau korang nak melabur dalam saham mestilah menggunakan modal yang korang khaskan untuk saham je.

Maksudnya, modal tu takkan digunakan untuk perkara lain yang penting macam bayar hutang atau simpanan kecemasan.

Asas dalam pelaburan saham adalah, high risk, high return. Kena selalu ingat benda ni.

Untuk permulaan, boleh mula dengan modal RM1,000 dengan selesa. Contohnya, korang beli unit saham yang berharga RM1/unit, dapatlah 1,000 unit.

Kalau harga seunit naik RM1.20/unit, korang dah untun RM200.

Nampak macam senang nak buat duit, tapi ramai je yang rugi bila mula main saham ni. Teruskan baca lagi tip-tip lain dekat bawah.


#2 Faham Syarikat

Tak tahu nak beli saham company mana? Ini adalah satu perkara biasa yang sering terjadi untuk semua pelabur saham.

Kalau salah beli, rugi.

Perkara asas untuk pilih saham yang berkualiti adalah dengan memilih syarikat yang berkualiti (untung banyak).

Asas kepada kenaikan harga saham adalah berdasarkan prestasi syarikat tersebut. Lagi banyak untung yang syarikat buat, lagi tinggi kenaikan harga saham tu.

Kena rajin-rajin baca analisis tentang syarikat tu sama ada dekat forum, surat khabar, website atau boleh baca Financial Report.

#3 Long Term Lebih Baik

Standard la semua orang nak untung dengan cepat. Sama juga dengan pelaburan saham ni. Kalau boleh hari ni beli, hari ni juga nak jual.

Nasihat kitorg, kalau mula-mula nak melabur dalam saham, cuba guna strategi melabur untuk long term.

Dalam pelaburan saham, long term lebih berisiko rendah berbanding kalau melabur secara short term (intraday).

Berapa lama long term tu? Disebabkan pelaburan saham ni sangat volatile (Naik turun cepat sangat), satu (1) bulan pun sudah dikira sebagai long term.

#4 Emosi kena stabil

Cuba baca balik point nombor 1 dekat atas (modal sanggup rugi), dengan modal ni, emosi korang akan lebih stabil sebab tak takut rugi.

Kebanyakan pelabur saham mengalami kerugian sebab mereka mempunyai emosi takut rugi dan nak untung cepat.

Akhir sekali, kalau nak belajar saham paling cepat, korang pergi je mana-mana cawangan investment bank untuk buka akaun CDS. Lepastu, beli je mana-mana saham yang korang rasa akan perform.

JOIN GROUP NASIHAT KEWANGAN DEKAT FACEBOOK!!!

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post