Fresh Grad Nak Hidup Senang & Kerja Rilek Masa Umur 30? Ikut Je Cara Ni

Image result for work at home

Pernah tak korang nampak orang yang umur 30 tahun tapi hidup senang tak perlu kerja masuk pejabat pun.

Kami nak kongsi satu cara yang kami dapat tahu dari seorang individu yang berumur 30 tahun dan menetap di Lembah Klang.

Beliau kini adalah seorang Pelabur Saham sepenuh masa dengan mendapat pendapatan sekitar RM10,000 - RM15,000 sebulan.


LANGKAH 1 : Dapatkan rumah pelaburan

Kebanyakan yang baru bekerja adalah berumur antara 23 - 25 tahun. Jadi, tahun pertama yang perlu buat adalah dengan mencari satu rumah untuk pelaburan.

Masa mula-mula kerja dengan gaji RM2,000 hingga RM3,000, satu perkara penting kena buat adalah beli rumah dulu.

Beli je rumah yang murah-murah bawah RM150,000 dengan anggaran RM700 sebulan. Kemudian sewakan semula. Lagi murah rumah ni, lagi rendah deposit perlu disediakan.

Tak perlu memilih sangat kalau tiada cashflow yang positif. Kalau perlu topup RM100-RM200 sebulan pun masih okay.

Kemudian biarkan je penyewa jaga rumah tu dengan baik.

Sebelum umur 30 tahun, cuba tambah lagi rumah untuk disewakan dan jadikan aset korang.

LANGKAH 2 : Saham, unit trust, ASB

Selepas dapatkan rumah, setiap kali gaji, asingkan duit untuk melabur dalam saham dan unit trust.

Untuk unit trust, tiada masalah korang hanya perlu percaya kepada fund manager anda.

Untuk saham pula, korang perlu buat analisis sendiri.

Kalau umur korang sekarang adalah 26 tahun, korang ada masa 4 tahun sebelum sampai umur 30 tahun,

Dalam tempoh 4 tahun, belajar tentang pelaburan saham dan juga perniagaan. Masa ni lah korang kena banyak belajar perkara baru dan buat kesilapan.

LANGKAH 3 : Jual rumah dan resign

Selepas 5 tahun, korang boleh jual semula rumah yang beli dulu dengan harga yang lebih tinggi.

Satu rumah boleh bagi anda RM50,000 - RM100,000 untung selepas jual.

Dengan RM100,000, korang boleh jadi pelabur saham sepenuh masa dengan pendapatan yang sangat cantik.

Pengalaman 4 tahun cukup mematangkan korang untuk melabur dalam saham.
CABARAN SEBELUM UMUR 30 TAHUN

Kalau ikutkan langkah-langkah dekat atas, nampak macam senang. Tetapi, banyak cabaran yang korang kena tahu dan tempuh.
  1. Jangan buat hutang jahat - kad kredit, personal loan & kereta yang murah
  2. Lupakan semua benda-benda yang membazir sebab target korang nak senang umur 30
  3. Jimat cermat 
  4. Umur 25 sampai 30 korang kena banyak pergi seminar, baca buku dan lain-lain.
  5. Sebelum umur 30 tahun, jangan takut buat silap terutama dalam pelaburan saham.
  6. Jangan join apa-apa skim cepat kaya atau pelaburan yang meragukan.
Setiap orang ada matlamat hidup masing-masing.

Perkongsian dekat atas adalah dari individu yang berhenti kerja dan menjadi pelabur saham sepenuh masa dengan modal RM100,000 hasil dari jual rumah.

Kalau rasa bermanfaat, korang boleh cuba amalkan terutama yang fresh grad.

Comments

Mohd Zuhaimi said…
siapa tu...dia ada fb atau contact yg boleh dihubungi

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)