"Dulu Belanja RM100 Penuh Satu Troli, Sekarang Satu Plastik Je" Ni Cara Jimat Belanja Tahun 2018

Image result for shopping planner
Korang mesti pernah dengar ramai yang cakap macam ni kan.

"Dulu Belanja RM100 Penuh Satu Troli, Sekarang Satu Plastik Je"

Puncanya, kos sara hidup semakin meningkat. Sama ada harga barang makin mahal, ataupun nilai duit yang semakin mengecil.

Tahun 2018, keadaan semakin mencabar. Semua orang perlu lebih bijak dalam berbelanja.

Kami nak kongsikan beberapa cara untuk korang jimat berbelanja tahun 2018 ni.

#1 Diskaun & Promosi

Perasan tak last year masa jualan online akhir tahun Lazada, diorang buat sales berjuta-juta. Maksudnya, ramai rakyat Malaysia mula berbelanja masa tu sebab banyak diskaun dan promosi.

Untuk tahun 2018 ni, korang dah mula plan untuk beli barang ikut musim-musim tertentu.

Banyak jimat.

Lagi satu, cara ni juga korang tak perlu keluar rumah. Sebab semua barang akan delivery sampai ke rumah korang.

Cuma, barang-barang yang sesuai adalah bukan barang keperluan harian.

#2 Survey Harga Barang

Untuk barang-barang keperluan harian pula, yang memang setiap hari nak guna, korang boleh semak harga barang online.

Kalau rajin, boleh pergi survey dekat kedai atau pasaraya berhampiran tempat korang duduk.

Cara ni lebih jimat. Kadang-kadang barang yang sama tetapi beza harga sampai RM5.00!

Satu lagi, korang kena rajin-rajin tengok promosi setiap pasaraya. Bila promosi harga memang sangat murah dan berbaloi.
#3 Baucer

Korang suka kumpul baucer?

Nampak macam biasa-biasa tapi boleh jimat banyak sangat. Kebanyakan baucer biasa kita nampak macam Pizza, Domino, Subway dan lain-lain.

Simpan semua baucer-baucer ni mana tau tiba-tiba ada rasa nak makan.

#4 Kumpul Mata Ganjaran

Kebanyakan kedai atau pasaraya dah ada bagi mata ganjaran kalau kita belanja dengan diorang. So, gunakan peluang ni sebaiknya.

Walaupun mata ganjaran nampak macam sikit, tapi bila akhir tahun semak balik jumlah mata ganjaran terkumpul, mesti banyak.

Zaman sekarang kalau dapat jimat RM10 pun dah kira baik sangat.

Cara lain, guna kad kredit dan dapatkan cashback. Setiap kali isi minyak, korang guna je kad kredit yang memang boleh bagi point banyak.

Sebab isi petrol kereta boleh kira sebagai perbelanjaan wajib untuk yang ada kereta sendiri.

#5 Jualan Gudang

Akhir sekali, kena selalu alert pasal jualan gudang ni.

Kebanyakannya adalah barang elektrik yang mana korang boleh jimat sampai RM500 untuk satu barang.

Untuk tahun 2018 ni, bukan sekadar kena tahu untuk jimat tapi juga pandai melabur untuk masa depan.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)