‘Boleh Percaya Ke Sifu-Sifu Kewangan Dekat Malaysia Ni? Ini Cara Nak Tahu Sifu Kewangan Memang Terbaik

Related image

Kalau seseorang ‘sifu’ tu ramai follower, bukan bermaksud dia memang hebat dalam kewangan atau pelaburan.

Entah-entah pelaburan pun tak pernah buat.
Kami bukan nak jatuhkan martabah sifu-sifu kewangan dekat Malaysia tetapi nak elakkan masalah penipuan.

Ramai yang tertipu dan terpaksa membayar wang yang besar hanya kerana sifu tersebut mempunyai ramai follower tanpa membuat semakan sama ada sifu tersebut boleh percaya atau tidak.

Kami nak kongsikan ciri-ciri seorang sifu tu terbaik dan bolh dipercayai.

#1 Pengalaman Sendiri
Macam mana nak tahu seseorang sifu tu memang ada pengalaman sebenar atau sekadar mendapat info dari buku? Ada banyak cara.

Salah satu cara adalah dengan bertanya soalan-soalan yang susah dan berterusan. Bagi seorang sifu yang memang ada pengalaman, semua soalan boleh dijawab dengan tenang.

Tetapi, bagi ‘sifu jadian’ pula, setiap soalan tu pasti tidak akan dapat dijawab secara on the spot.

Kalau korang memang jenis suka baca buku, korang sendiri boleh tahu sama ada ayat yang keluar dari mulut sifu tu sebenarnya dari buku atau dari pengalaman sendiri.

#2 Bayaran bukan keutamaan
No money, No Talk
Masuk seminar mahal tapi ilmu disampaikan pun ambil dari internet je. Lepastu, kalau nak tahu lagi detail, kena tambah lagi bayaran.

Upselling.. Ni yang paling banyak berlaku sekarang. Seminar yang dilakukan bukan untuk menyampaikan ilmu semata-mata tetapi lebih kepada untuk menjalankan ‘perniagaan’.

Tidak salah jika mahu caj kepada peserta untuk ilmu yang disampaikan. Cuma, yang salah apabila berlakunya penipuan dan yuran caj tidak setimpal dengan ilmu.

#3 Cakap Dengan Fakta Bukan Emosi
Orang yang pandai main emosi adalah orang yang mampu membuat jualan dengan baik.

Sebab itu ramai yang buat bisnes dengan menggunakan emosi. Salah satu ciri sifu yang patut anda ikut adalah perbincangan yang dilakukan adalah dengan menggunakan fakta dan bukannya emosi.

#4 Tidak Kondem Orang Lain
Kenapa nak kena kondem orang lain? Sebab kalau kondem orang lain, nampak macam kita ni betul dan orang lain salah.

Ini salah satu habit sifu yang kurang dipercayai.

Sifu yang baik dan jujur biasanya akan selalu bagi nasihat supaya untuk tambah ilmu lagi dengan orang lain.

So, kalau korang nak belajar dalam pengurusan kewangan dan pelaburan, sila berhati-hati dalam memilih sifu. Jangan sampai tertipu.

Comments

Post a Comment

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)