Apartment 'Dual-Key' Ni Ada 2 Pintu Utama. Ramai Ke Suka Rumah Macam Ni?

Image result for dual key apartment
Korang pernah dengar apartment yang ada 'Dual-Key'?

Apartment ni mula diperkenalkan dekat Malaysia sejak dari tahun 2011 lagi.

Konsep apartment dual key  ni korang kena tahu yang ada satu rumah, tapi ada dua ruang untuk orang berbeza.

Faham ke? Kami kongsikan penerangan tentang apartment 'Dual Key' ni dari artikel hartabumi.com

#Apa itu apartmen ‘dual-key‘?
Apartmen ‘dual-key‘ adalah umpama 2 unit rumah yang berkongsi ruang legar dan geran pemilikan yang sama. Setiap satu unit dilengkapi dengan dapur dan tandas tersendiri. Pintu masuk unit turut diberikan kunci yang berbeza.

Contoh macam dekat bawah ni:

Dual key apartment

Kebiasaannya, unit ‘dual-key‘ dibina dengan keluasan sekitar 300-500sqft. Saiz yang cukup untuk memuatkan sepasang pasangan yang baru bernikah mahupun mereka yang bujang yang mementingkan privasi.

Apartmen ‘dual-key‘ sesuai untuk dibeli untuk didiami sendiri mahupun untuk tujuan pelaburan. Berikut merupakan antara opsyen yang boleh kita pertimbangkan :

Apartmen Dual-Key

Kelebihan apartmen ‘dual-key‘?
  • Dua hartanah dalam satu geran (tidak seperti ‘townhouse‘ yang memerlukan 2 geran yang berbeza utk setiap unit).
  • Kos strata hanya perlu dibayar pada satu harga.
  • Membolehkan kita tinggal dekat dengan yang tersayang, tapi masih mengekalkan privasisendiri (contoh ibubapa).
  • Aksesebiliti. Kebiasaannya unit jenis ini dibina di tengah-tengah kawasan bandar.
  • Mudah untuk kutip sewa dan menyelenggara unit sewaan.

Kekurangan apartmen ‘dual-key‘?
  • Harga yang tinggi (mid-high end).
  • Keluasan yang kecil, tidak sesuai untuk keluarga besar.
Agak-agak orang dekat Malaysia boleh terima ke rumah jenis macam ni?

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)