Ramai Tak Boleh Beza Yang Betul Dan Scam. Ini Ciri-Ciri Investment Scam Yang Korang Wajib Tahu.



Kenapa masih ramai tertipu dengan investment scam? Walaupun investment scam ini sudah wujud di Malaysia sejak dari dulu lagi, tetapi masih ramai yang tertipu.

Kami nak kongsikan tip untuk kenal sama ada investment tu satu scam atau memang betul-betul scam.

Artikel ini diambil dari Facebook Cik Afiqah Saz

Dari dulu sampai la sekarang, aktiviti scam sentiasa muncul. Kenapa? Sebabnya kita semua rata-rata perlukan duit tapi nak cara cepat dan mudah.

Ada beberapa cara yang kita boleh kenal pasti scam ni especially dari segi pelaburan.

#1 Deposit taking/Wang pendahuluan
Bila kita nak invest ke sesuatu tempat, pastikan deposit yang dibayar directly masuk ke tempat yang sepatutnya. Bukannya bagi deposit ke individu atau organisasi sekalipun nak-nak pula orang ketiga.

Tak kisah la sama ada kita bagi secara cash, cek atau pun transfer bank in. Sesuatu pihak apabila terima deposit dari orang ramai memang wajib ada lesen dari BNM seperti bank atau syarikat kewangan.

#2 Profit/Keuntungan
Siapa tak kabur mata bila dijanjikan untung yang berlipat kali ganda kan. Tapi bukan la bermaksud untung yang banyak tu tak betul. Maksudnya disini, keuntungan yang dapat mesti datang dari produk yg ditawarkan.

Bila invest tapi keuntungan yang kita dapat datang dari berapa ramainya orang kena cari, so please be careful. Apa kaitan untung pelaburan dengan bilangan downline pula.

#3 Risiko
Ha..ni la yang paling kita suka nak invest bila dikatakan NO risk at all. Secara jujurnya, apa-apa atas muka bumi ni, tiada satu perkara pun tiada risiko. Apatah lagi dalam pelaburan, boleh ke kita nak jamin tiada risiko langsung?

No such thing too good. Kalau dah ada untung semestinya ada rugi. Dah la janjikan pulangan berganda-ganda, siap lagi tiada risiko untuk rugi, acamner tuh.

#4 Agreement/Perjanjian
Apa jenis pelaburan sekalipun, mesti akan ada perjanjian. Bukan cakap pakai air liur je tak pun trust semata-mata. Dalam perjanjian, segala maklumat ada untuk kita rujuk balik, demi kepentingan semua pihak.

And of course, kita sendiri pun mesti simpan perjanjian tersebut, bukanya disimpan oleh third party plak. Even beli kereta dengan rumah pun ada perjanjian apatah lagi bila melibatkan pelaburan ni..hmm.

#5 Produk
Dah nama pun pelaburan. Bila kita nak join tu, please and please ambil tahu pasal produk juga. Means macam mana boleh jana keuntungan, apa yang boleh pengaruhi prestasi untung rugi, apa syarat-syarat yang ada. Tahu sikit pun dah ok dari bulat-bulat percaya & lepas tangan macam tu je.

Kalau invest sebab korang nampak diorang pakai kereta mewah, ada banglo mewah, pakai jam harga ribu riban, siap tunjuk duit berkepuk-kepuk lagi tu hmm..alamatnya tak lama dah tu.

Sumber dari Facebook Afiqah Saz

Comments

Eryna Tailor said…
hati2 dgn scam investment...tingkatkan ilmu dlm kewangan..

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)