Empat (4) Perkara Penting Perlu Ada Dalam Diari Kewangan Anda

Related image

Anda ada buat Diari Kewangan sendiri? Tujuannya adalah untuk merekod semua transaksi duit keluar dan masuk.

Setiap perbelanjaan mestilah direkodkan bagi memastikan duit digunakan untuk tujuan yang bermanfaat.

Bagi anda yang baru nak mulakan Diari Kewangan sendiri, anda boleh cuba dengan memastikan lima (5) perkara berikut ada dalam diari.

#1 Duit Masuk : Gaji, Pendapatan & Bisnes

Perkara wajib perlu ada dalam Diari Kewangan adalah jumlah duit masuk iaitu dari gaji atau pendapatan anda.

Jumlahkan semua duit masuk sama ada gaji tetap atau pendapatan tambahan dari bisnes.

#2 Rancang : Bajet

Selepas tahu berapa jumlah duit yang masuk, tugas anda adalah membuat satu bajet dari jumlah tersebut.

Rancang dengan baik bagi memastikan duit tersebut digunakan untuk perkara yang bermanfaat.

Bajet tersebut boleh letakkan perbelanjaan untuk makan, minum, bil utiliti, simpanan, pelaburan, perlindungan, ansuran hutang dan lain-lain lagi.


#3 Duit Keluar : Simpanan & Pelabura

Perkara paling penting adalah mengasingkan siap-siap untuk bahagian simpanan setiap bulan.

Simpan dan labur dahulu, baru berbelanja.

Simpanan dan pelaburan yang baik adalah kecil tetapi konsisten setiap bulan.

#5 Duit Keluar : Perbelanjaan Harian

Melalui bajet yang telah dibuat, anda perlu bahagikan duit keluar kepada dua bahagian iaitu:

a) Perbelanjaan tetap

Contohnya adalah seperti ansuran kereta, rumah sewa,

b) Perbelanjaan tidak tetap

Contohnya adalah makan dan minum setiap hari. Ini perkara yang paling banyak anda perlu rekod dalam Diari Kewangan anda.

Comments

Post a Comment

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)