
Seperti yang kita tahu, pengurusan harta pusaka untuk umat Islam harus mengikut sistem faraid.
Individu yang terlibat sebagai waris dalam sistem faraid biasanya adalah ibu bapa, pasangan dan anak-anak.
Namun, terdapat dua (2) keadaan anda tidak tersenarai dalam penerima harta pusaka mengikut sistem faraid.
#1 Membunuh
Individu yang didapati bersalah membunuh penerima faraid yang lain tidak layak untuk menerima harta pusaka tersebut.
Hanya membunuh dengan niat sahaja akan menyebabkan individu tersebut terkeluar dari senarai penerima faraid. Namun, jika membunuh tanpa niat/sengaja, masih boleh dianggap sebagai penerima faraid.
#2 Keluar Agama
Syarat utama penerima faraid adalah menganut agama Islam.
Jika terdapat penerima faraid yang keluar dari agama Islam, individu tersebut akan terkeluar dari penerima faraid.
Baca : 5 Perkara Penting Isteri Perlu Uruskan Selepas Kematian Suami
Baca : 5 Perkara Penting Isteri Perlu Uruskan Selepas Kematian Suami