Berapa Nilai Kekayaan Anda? Ini Cara Kira Untuk Tahu Nilai Kekayaan Sebenar Anda


Salah satu cara untuk menilai tahap kekayaan atau nilai bersih anda adalah melalui Penyata Nilai Bersih atau Net Worth Statement.

Senarai orang terkaya di dunia juga menggunakan kaedah ini untuk mengira kekayaan sebenar mereka.

Melalui cara ini, anda bukan sahaja dapat menilai tahap kekayaan tetapi juga dapat mengetahui jika nilai anda adalah negatif.

Berikut adalah cara-cara untuk anda menilai kekayaan anda.

Langkah 1 : Senaraikan Semua Aset

Senaraikan semua aset yang anda miliki serta nilai semasa seperti berikut:

1. Tunai di tangan & Bank
2. Nilai pelaburan semasa
3. Nilai rumah 
4. Nilai kereta
5. Barang berharga seperti emas
6. Nilai tunai takaful
7. Simpanan KWSP.

Pastikan anda tahu nilai semasa semua aset anda.

Contoh :

Tunai di tangan & Bank - RM10,000
Nilai rumah - RM150,000
Nilai kereta - RM30,000
Simpanan KWSP - RM40,000

Jumlah Aset : RM240,000


Langkah 2 : Senaraikan Semua Hutang

Senaraikan juga semua hutang yang anda miliki seperti berikut:

1. Hutang kereta
2. Hutang Rumah
3. Hutang Peribadi
4. Hutang Kad Kredit

Contoh :

Hutang kereta - RM32,000
Hutang rumah - RM90,000
Hutang peribadi - RM20,000

Jumlah Hutang : RM142,000

Langkah 3 : Jumlah Aset - Jumlah Tunai

[Jumlah Aset] - [Jumlah Hutang]

RM240,000 - RM142,000 = RM98,000

Jumlah diatas menunjukkan nilai bersih dan kekayaan anda.

Sudah kira kekayaan anda? Positif atau negatif?

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post