Cara-Cara Buat 'Financial Planning' Sendiri Tapi Nampak Profesional


Image result for step by step
Tidak semua orang mempuyai ilmu untuk membuat rancangan pengurusan kewangan sama ada secara formal atau tidak.

Biasanya, perancang kewangan akan membantu untuk memberi cadangan berkenaan pengurusan kewangan yang baik.

Kami ingin kongsikan enam (6) langkah untuk melengkapkan proses pengurusan kewangan secara profesional.

Langkah 1 : Tetapkan Matlamat 

Pertama sekali, anda perlu ada matlamat yang jelas sama ada matlamat jangka masa pendek, sederhana atau matlamat jangka masa panjang.

Antara contoh matlamat dalam kewangan anda boleh buat adalah seperti menyelesaikan hutang kad kredit, dana pendidikan anak-anak, dana persaraan dan dana pergi haji.

Contoh :

Jangka Masa Pendek       : Selesai hutang kad kredit dalam masa setahun (RM10,000)
Jangka Masa Sederhana : Dana Pergi Umrah dalam masa 3 tahun (RM10,000)
Jangka Masa Panjang     : Dana Pendidikan anak-anak dalam masa 12 tahun (RM100,000)

Pastikan semua matlamat adalah jelas dan boleh dicapai.

Langkah 2 : Kumpul Maklumat & Data

Seterusnya, anda perlu kumpulkan semua maklumat kewangan peribadi seperti gaji, simpanan, hutang, aset, KWSP dan perbelanjaan.

Melalui maklumat ini, anda perlu menyediakan dua (2) penyata iaitu:

1) Penyata Duit Keluar Masuk:
Pendapatan - Perbelanjaan - Simpanan = Lebih/(Kurang)

Melalui penyata ini, anda boleh lihat sama ada pendapatan yang diterima cukup untuk menampung perbelanjaan dan simpanan anda.

2) Penyata Nilai  Bersih :
(Aset + Simpanan) - Hutang = Positif/(Negatif)

Melalui penyata ini, anda dapat lihat tahap hutang anda sama ada terlalu tinggi atau tidak. Hutang yang terlalu tinggi menyebabkan nilai anda menjadi negatif.
Langkah 3 : Analisa Tahap Kewangan Semasa

Selepas kumpul semua maklumat, anda perlu membuat satu analisa mengenai tahap kewangan semasa anda.

Antara key-point yang perlu anda buat adalah:
1. Adakah terdapat lebihan dari pendapatan setiap bulan?
2. Adakah simpanan kecemasan mencukupi jika dibuang kerja?
3. Adakah pelan perlindungan mencukupi dan menyeluruh?
4. Adakah nilai bersih anda positif atau negatif?
5. Adakah pelaburan sekarang sesuai dengan matlamat kewangan?
6. Adakah bayaran cukai pendapatan terlalu tinggi?

Selepas menilai semua aspek di atas, anda juga boleh menggunakan beberapa ratio penting untuk menilai tahap kewangan anda seperti:

1) Basic Liquidity Ratio : (Tunai@Simpanan tahunan) / Perbelanjaan Bulanan
Ratio ini akan menunjukkan tahap simpanan kecemasan anda.

2) Saving Ratio : Simpanan / Pendapatan Kasar
Ini menunjukkan tahap simpanan anda. Ratio terbaik adalah apabila melebihi 10%.

3) Debt Service Ratio : Jumlah hutang /  Jumlah aset
Ratio ini menunjukkan tahap hutang semasa anda. Sebaiknya, jumlah sepatutnya anda dapat adalah bawah 50%.

Langkah 4 : Rancangan Pengurusan Kewangan

Selepas membuat analisa kewangan, anda perlu buat satu rancangan pengurusan kewangan untuk:
1 - Menyelesaikan masalah atau kekurangan jika terdapat semasa membuat analisa.
2 - Mencapai matlamat kewangan (seperti Langkah 1)

Pertama sekali, lihat semula analisa kewangan anda. Jika terdapat kekurangan seperti tiada simpanan kecemasan atau pelan perlindungan tidak mencukupi, buat satu rancangan kewangan untuk selesaikan masalah ini.

Gunakan instrumen kewangan dan pelaburan yang ada di Malaysia dengan baik.

Contohnya, untuk mendapatkan dana pendidikan anak-anak sebanyak RM100,000 dalam masa 13 tahun, anda boleh gunakan instrumen pelaburan jangka masa panjang seperti unti trust dan hartanah.

Langkah empat (4) ini memerlukan satu informasi dan pengetahuan yang banyak mengenai pelaburan di Malaysia.

Langkah 5 : Laksanakan Rancangan Kewangan

Selepas membuat rancangan, anda perlu laksanakan sahaja rancangan tersebut.

"Dari atas kertas kepada realiti."

Jika matlamat kewangan dan rancangan kewangan anda mudah dicapai, lebih mudah untuk anda melaksanakannya.

Jika terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dilaksanakan, anda boleh berjumpa individu yang lebih mahir.

Langkah 6 : Memantau Rancangan Kewangan

Akhir sekali, anda hanya perlu monitor rancangan kewangan anda sama ada mengikut seperti yang dirancang atau tidak.

Terdapat tiga (3) jenis review yang anda perlu lakukan:

1. Review Pertama

Review pertama biasanya dilakukan sebulan selepas anda melaksanakan rancangan kewangan. Ini bagi memastikan pelaksanaan adalah mengikut seperti rancangan yang dilakukan.

Review pertama sangat penting bagi memastikan rancangan kewangan berjalan dengan lancar.

2. Review Tahunan

Seterusnya, anda perlu review kewangan anda setiap tahun. Ini bagi memastikan anda boleh melihat sama ada matlamat jangka masa pendek, sederhana dan panjang sudah tercapai atau belum.

Selain itu, review ini juga memberi peluang untuk anda menukar rancangan kewangan jika terdapat beberapa perkara yang tidak memberangsangkan.

3. Review Tidak Dijangka

Akhir sekali, jika terdapat sesuatu perkara yang tidak dijangka dan memberi kesan kepada rancangan kewangan, anda perlu review semula.

Antara perkara yang tidak dijangka adalah seperti krisis ekonomi, dibuang kerja, tambah ahli keluarga baru dan lain-lain lagi.

Jika anda masih tidak yakin untuk membuat Rancangan Pengurusan Kewangan sendiri, anda boleh berjumpa dengan penasihat atau perancang kewangan yang lebih mahir.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post